chapter 13 : Tahun Baru, Azam Baru, Semangat Baru !

ASSALAMUA'LAIKUM

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam ma'al hijrah 1433H.


Dengan berakhirnya lembaran buku amalan pada tahun 1432 H, marilah kita sama-sama padukan tekad dan azam dalam membuka lembaran buku amalan baru untuk tahun ini. InsyaAllah. Rancanglah hala tuju anda dengan lebih jelas selepas ini kerana Saidina Ali R.A pernah berkata :

"Kebenaran yang tidak dirancang, pasti akan dapat dikalahkan juga dengan kebatilan yang tidak dirancang"

Bukan itu sahaja, hijrah dalam konteks masa kini boleh ditakrifkan sebagai satu perubahan dari sikap yang buruk kepada yang sikap baik dan yang baik kepada yang lebih baik serta menyemaikannya dengan benih-benih taqwa melalui tarbiyyah islamiyyah. Jadi, sama-samalah kita muhasabah dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik supaya kita dapat mendidik masyarakat di tanah air kita yang sememangnya memerlukan kita semua.

"Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di negara kamu"
(Hassan Hudhoibi)


salam ma'al hijrah dari perantauan,
wawa


chapter 12 : ANATOMY FORMATIVE AND SUMMATIVE !!

ASSALAMUA'LAIKUM 

YAHOO !

Memang sesuatu yang dinantikan oleh semua insan yang bergelar pelajar medik tahun satu Ain Shams University. *Ok bye! Ini tipu (=.="). Tapi kita kena ingat assessment yang dijalankan adalah untuk menguji tahap pemahaman kita terhadap sesuatu madah atau subjek. So, anda jangan mengeluh ye sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Mungkin juga dengan assessment kita akan lebih berlapang dada dan terbuka hati untuk menelaah buku pelajaran. Kita kenalah lipatkan ganda kalau nak mencapai keputusan MUMTAZ untuk final exam dan menjadi seorang doktor muslim yang hebat pada masa hadapan. InsyaAllah, bi iznillah~. Berusaha dan terus berusaha! Kalau berterusan dengan sikap malas berusaha dan hanya mengharap suapan maklumat dari para doktor, sampai bila nak maju kan. Bak kata pepatah :

KALAU MASIH DENGAN KANCIL, BAGAIMANA NAK KEJAR PORCHE (hehehe :p)

Sila lihat gambar di bawah. Klik untuk gambaran yang lebih jelas :)


So guys, what are you waiting for???

FIGHTING !!

*Sebelum saya menutup post ini, saya nak minta laluan kepada AJK ANATOMY batch tahun satu iaitu Ainaa Narzeeha dan Khairul Anam untuk membuat iklan berkenaan assessment ini ye :)

"THERE IS NO SECRET TO SUCCESS. IT IS THE RESULT OF PREPARATION, HARDWORKING AND LEARNING FROM FAILURE"


with full of synergy,
wawa




chapter 11 : Egypt Revolution Relaunched ?

ASSALAMUA'LAIKUM !

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang, saya masih diberi kesempatan untuk terus menulis dalam blog ini. Selesai sahaja mengulang kaji pelajaran subjek Physiology sebentar tadi, lantas ingatan saya menggamit kembali peristiwa yang berlaku pada petang tadi. Sedang kami khusyuk mendengar lecture Physiology yang disampaikan oleh Dr. Essam, tiba-tiba pak cik penjaga bilik kuliah kami datang dan mengatakan sesuatu kepada doktor. Kemudian, doktor memberitahu kami bahawa lecture terpaksa ditamatkan kerana berlaku beberapa masalah di luar. Tetapi permasalahan tidak dinyatakan. Lain dan tidak bukan sudah tentu masalah berkaitan demonstrasi yang tejadi sejak akhir-akhir ini. Sebaik sahaja melihat keadaan di luar kuliah, saya berasa agak terkejut dan sedikit takut kerana semua pelajar jalan berpusu-pusu menuju ke pintu keluar universiti. Suasana jalan raya pun agak sibuk dan kami bernasib baik kerana tramco untuk ke Hayyu Sabi' mudah didapati. Alhamdulillah. Sedikit daripada pengetahuan dan info yang saya dapat setakat ini, ingin saya berkongsi sedikit maklumat tentang revolusi yang melanda Mesir kini. Memandangkan ramai rakyat Malaysia termasuk ibu bapa saya sering bertanyakan khabar tentang kami rakyat Malaysia di sini.





Gambaran keadaan dan suasana di sini :

1) Secara amnya, institusi kerajaan, swasta, pendidikan, pengangkutan, perbankan dan perniagaan masih berjalan seperti biasa di Mesir ini. 

2) Pasukan Polis sudah mula beroperasi secara berperingkat tetapi tindakan daripada pihak polis tidak menepati keperluan kecemasan. Banyak kes-kes jenayah seperti pecah rumah, rompakan dan samseng jalanan masih berlaku. Hal ini menyebabkan keyakinan rakyat Mesir terhadap anggota Polis masih belum pulih sepenuhnya.

3) Pihak tentera masih berkawal di beberapa kawasan strategik dan bangunan-bangunan kerajaan. Tetapi keadaan ini masih tidak dapat mengawal kadar jenayah yang berlaku.

4) Kekacauan dan keganasan masih lagi berlaku di kawasan-kawasan tertentu. Tunjuk perasaan dan mogok juga sering berlaku pada masa dan tempat yang tertentu. Tunjuk perasaan dan mogok banyak dilakukan oleh golongan rakyat dengan pelbagai alasan termasuklah menuntut kenaikan gaji, mendesak kerajaan sementara dan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) membuat sebarang perubahan untuk memulihkan kembali keamanan, kestabilan politik dan ekonomi Mesir. Bilangan pelancong asing yang datang ke negara ini juga semakin berkurang.




Secara ringkasnya, rakyat Mesir mendesak supaya pihak tentera meletakkan jawatan dalam pemerintahan negara dan menggantikan dengan pemerintahan awam. Keadaan yang dilihat semakin meruncing ini menimbulkan kebimbingan pelbagai pihak dan angka kematian juga semakin meningkat akibat demonstrasi yang berlaku terutamanya di dataran Tahrir, Kaherah. Semua warga Malaysia di Mesir diharapkan dapat mematuhi garis panduan yang telah digariskan oleh pihak kedutaan dalam surat pekeliling yang dikeluarkan baru-baru ini. Antaranya :

1) Menghindari kawasann-kawasan tumpuan tunjuk perasaan seperti di Tahrir, bangunan-bangunan kerajaan dan lain-lain. Tidak melibatkan diri dalam sebarang tunjuk perasaan dan perhimpunan yang dianjurkan oleh rakyat tempatan. 

2) Tidak terlibat dalam urusan politik Mesir kerana situasi semasa di Mesir merupakan hal ehwal rakyat Mesir semata-mata.

3) Mengelakkan diri daripada bersiar-siar atau berjalan-jalan pada waktu malam terutamanya para akhawat.

4) Para pelajar yang mahu mengadakan aktiviti atau terlibat dengan sebarang aktiviti melibatkan individu atau berkumpulan mestilah mendapat pandangan dan kelulusan pihak Pejabat Education Malaysia Egypt atau mana-mana Pejabat Hal Ehwal Negeri. Badan-badan persatuan dan kebajikan pelajar disarankan menangguh terlebih dahulu sebarang aktiviti yang dirancang.

Persediaan juga mestilah dilakukan seperti menyediakan bekalan makanan yang mencukupi, dokumen yang lengkap dan wang sebelum keadaan bertambah buruk. Pilihan raya yang dijangka akan dijalankan pada bulan November ini sehingga bulan Mac 2012 akan menjadi sinar baru dalam tampuk pemerintahan Mesir.

Besarlah harapan semua pihak terutamanya kami pelajar Malaysia supaya bumi kinanah ini kembali aman. Negara ini tempat kami semua menuntut ilmu da mencari pengalaman yang berguna untuk masa hadapan. Ilmu dan pengalaman yang bakal digunakan untuk berkhidmat kepada agama, masyarakat dan negara tercinta, Malaysia. InsyaAllah. Secara peribadinya, saya mula jatuh cinta kepada bumi Mesir kerana terdapat banyaknya mutiara ilmu yang bergemerlapan di sebalik debu-debu yang berterbangan.

LONG LIVE EGYPT !

(rasa bersemangat bila tengok semangat rakyat Mesir dalam perjuangan mereka yang mahukan pemerintahan kerajaan yang telus dan tidak mengamalkan korupsi serta penyelewangan dalam pentadbiran)

Ya Allah, selamatkanlah bumi anbiya' ini, lindungilah semua rakyat Malaysia di Mesir ini, dan permudahkanlah urusan semua rakyat Mesir dalam memilih tampuk kepimpinan kerajaan yang lebih telus supaya kestabilan politik dan ekonomi serta keamanan dapat dicapai.

Amin ya rabbal 'alamin...... 





with love,
wawa

chapter 10 : Rumah penuh (Full House)

ASSALAMUA'LAIKUM

Cuma nak cakap satu-satunya cerita korea yang saya minat dan tengok setakat ini. Serius cerita ni saya rasa best. Tiba-tiba rasa rindu nak tengok pula. Siapa ada atau nak download kat mana ye?? (=.=)



(trailer)

(ost drama Full House)

(belum berkahwin tidak dibenarkan XD, but seriously mereka berdua ni comel !)

Sebagai penutup, tak salah kalau mahu mencari hiburan tapi berpada-padalah. Jangan terlalu leka dan lalai sehingga ada yang ketagih. Sebab kadang-kadang benda macam ni boleh membantu dijadikan dalam melepaskan tekanan kita. Tetapi sebaik-baik penawar adalah kitab suci al-Quran. Kitab suci ini juga merupakan petunjuk ke jalan yang benar dan isi kandungannya syumul mengikut peredaran zaman. So, let's recite al-Quran for healing our soul :)


"Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"
(surah al-Baqarah : ayat 2)

with love,
wawa




chapter 9 : cantiknya kalau mereka bertudung dengan sempurna

ASSALAMUA'LAIKUM !

Hello people ! For this entry, let's picture tell the story for first at all :)

(Fazura)


(Tiz Zaqyah)


(Erra Fazira)


(Neelofa)


(Nora Danish)


(Lisa Surihani)


(Maya Karin)


(Fasha Sandha)


(Siti Nurhaliza)

*Sejuk mata memandang kalau tengok artis-artis Malaysia ni bertudung. Cantikkan perempuan bertudung ni. Sama-samalah kita berdoa agar mereka ini akan diberi hidayah suatu hari nanti. Amin. InsyaAllah. Islam telah mensyariatkan bahawa setiap wanita Islam diwajibkan menutup aurat. Memelihara aurat akan dapat menghindarkan kita daripada fitnah. Biarlah rasa panas dan rimas di dunia tetapi rasa sejuk dan selesa di akhirat kelak.

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat"
(surah an-Nur : ayat 31)

with love,
wawa

chapter 8 : Lelaki macho VS Perempuan cun ????

SALAMUA'LAIK...

Adakah anda ingin jadi seorang lelaki yang macho? Perempuan yang cun? Lelaki yang tampan dan kacak? Perempuan yang cantik jelita? Mahu menjadi lelaki maskulin abad ini? Ingin menjadi perempuan feminin lagi bergaya? Atau anda memang perasan bahawa anda memang seorang macho atau cun? 





Semua persoalan ini akan terjawab jika anda terus membaca entry saya pada kali ini.....

LELAKI MACHO apabila.....

Dia mengimamkan solat fardu berjemaah sama ada di masjid, surau mahupun rumahnya sendiri. Lebih-lebih lagi apabila seorang suami menjadi imam kepada isterinya.

LELAKI MACHO apabila.....

Dia seorang penghafaz al-Quran. Lagi best kalau dia dah hafal 30 juzuk. Mungkin ada yang pernah tengok post atau gambar berkaitan lelaki yang menhafaz al-Quran kat facebook. Tapi saya nak jadikan ini salah satu point bahawa seorang lelaki penghafaz al-Quran adalah seorang yang macho !

LELAKI MACHO apabila.....

Dia seorang lelaki yang penyayang sama ada dia seorang abang, ayah mahupun suami, terutamanya apabila dia pandai melayan kanak-kanak. Kanak-kanak pun suka kat dia. Ini akan lagi terserlah apabila seorang ayah yang pandai mengambil hati anak-anaknya dengan meluangkan masa bersama mereka.

LELAKI MACHO apabila.....

Dia seorang yang pandai memasak. Jangan ingat kalau lelaki yang pandai memasak ni seorang lelaki yang lembut ok ! Absolutely, sebenarnya mereka seorang lelaki yang macho kalau dia boleh memasak. Suka tengok Adam berusaha masak untuk Nur dalam Nur Kasih the Movie. Macho gila ! ^.^

LELAKI MACHO apabila.....

Dia memakai kopiah dan jubah putih. Nampak suci je kalau lelaki berpakaian begini. Kadang-kadang ada segelintir lelaki yang malu untuk berpakaian begini teutamanya untuk berkopiah. So please throw away your shy feeling, man !

LELAKI MACHO apabila.....

Dia sanggup menjadi musyrif dan sedia berkhidmat untuk mana-mana akhawat yang memerlukan perkhidmatannya. Point ini ditujukan khas kepada semua top musyrif abad ini. Hahaaa



DAN

PEREMPUAN CUN apabila.....

Dia memakai tudung dan sempurna auratnya. Tambahan lagi kalau dia memakai tudung labuh. Serius anda cun ! Sejuk mata mak ayah memandang anaknya jika berpakaian yang sopan. Jadi memakai tudung labuh bukan satu yang 'aib.

PEREMPUAN CUN apabila.....

Dia sedang berbadan dua atau dengan bahasa mudahnya mengandung. Bukan setakat cun malahan comel !

PEREMPUAN CUN apabila.....

Dia menjadi dirinya sendiri. Maksudnya di sini, dia pandai menjaga maruahnya dan keluarganya, menjaga batas pergaulannya serta tidak hipokrit dalam perlakuannya. Jadilah diri sendiri dan usahlah berpura-pura.

PEREMPUAN CUN apabila.....

Dia seorang yang bersederhana dalam setiap perkara dalam hidupnya. Tidak kiralah dari segi penampilan, perlakuannya mahupun percakapan. Dia juga tidak berlebih-lebih dalam berhias. Cukuplah sekadar untuk memperkemaskan diri supaya tidak kelihatan selekeh.

PEREMPUAN CUN apabila.....

Dia seorang anak yang solehah, ibu yang penyayang, isteri yang mithali dan wanita yang memberi manfaat kepada orang lain. Perempuan inilah juga yang bakal menjadi bidadari di syurga kelak. Semoga kita semua para wanita akan tergolong dalam golongan ini. InsyaAllah...amin~

PEREMPUAN CUN apabila.....

Dia baru bangun dari tidur.... Betul ke??? Point ni saya dapat dari salah seorang kakak senior saya. Tak tahu boleh pakai ke tidak ni. (=.=")



Jadi kesimpulannya di sini, tidak kiralah sama ada dia macho ke, cun ke, tampan ke, cantik ke, atau hodoh sekalipun. Ketahuilah bahawa kita semua ciptaan Allah S.W.T. Semua ciptaan Allah itu cantik dan sempurna walaupun kadangkala ada cacat celanya. Tetapi ingatlah bahawa di sebalik cacat cela itu terselit satu kelebihan yang kadangkala orang yang normal tidak memilikinya. Dan beringatlah juga kepada orang yang dilahirkan sempurna bahawa tidak semua manusia itu sempurna. Pasti ada kekurangan di sebalik kesempurnaan itu. NOBODY IS PERFECT !

Bersama-samalah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita diberi peluang untuk terus hidup di atas bumi ini dengan dilimpahi berbagai-bagai nikmat. Semua ini hanyalah pinjaman semata-mata. Suatu hari nanti ini semua akan kembali semula kepada Sang Penciptanya. Wallahu'lam~

(pesanan penaja : pastikan anda sudah berkahwin jika mahu bergambar bersama ya :p )

"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
(surah at-Tin : ayat 4)

"Allah itu cantik dan sukakan kecantikan"

with love,
wawa



chapter 7 : Misi Mumtaz Bermula !

ASSALAMUA'LAIKUM

Alhamdulillah, syukur kepada Maha Pencipta seluruh alam kerana saya masih berpeluang untuk menulis sesuatu yang baru dalam blog saya ini. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana saya masih bernafas atas bumi pinjaman Allah ini. ALHAMDULILLAH ! ALHAMDULILLAH ! ALHAMDULILLAH !

Cuti seminggu sempena Hari Raya Aidiladha sudah sampai masanya untuk melabuhkan tirai. Jadi, segala perjalanan sebagai mahasiwa/wi bermula kembali. Pagi pergi ke kuliah, petang balik dari kuliah, menghadiri kelas tafaqquh, kelas talaqqi, study group dan smart circle akan berjalan seperti biasa. Tetapi apa yang menariknya tamatnya cuti ini adalah saya rasa begitu semangat untuk memulakan semua perkara tersebut. Kebiasaannya kalau tamat cuti sudah tentu kita akan berasa malas dan ralat untuk memulakan aktiviti harian seperti pergi kuliah atau kerja termasuklah saya. Disebabkan satu suntikan semangat semua perasaan negatif tersebut hilang dek ditenggelamkan oleh 'miracle injection' tersebut. Nak tahu apa 'miracle injection' tersebut? 

Baru-baru ini, Pegawai Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan. Tuan Haji Abdul Malek bin Kahar merangkap ayahanda kami di Mesir ini telah berucap di hadapan semua pelajar tajaan MAINS sempena Hari Raya Aidiladha. Dalam ucapannya, beliau telah melancarkan satu projek iaitu PROJEK MUMTAZ sebagai salah satu wadah kepada semua pelajar tajaan MAINS untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran kami. Antara perkara yang diumumkan adalah :

1. Semua pelajar tajaan tidak boleh gagal sebanyak 2 kali sepanjang tempoh pengajian. Jika tidak tajaan akan ditarik serta merta (nau'zubillah min zalik).
2. Kelas tutorial akan dijalankan dengan rancak khas untuk pelajar-pelajar tajaan MAINS.
3. 'Study Hours' akan dijalankan setiap malam.
4. Sifar 'rosib' (gagal) bagi semua pelajar dirasat dan perubatan.
5. Peruntukan untuk perbelanjaan pelajar untuk pelajaran akan dinaikkan kepada RM $$$$$ (rahsia)
6. Setiap pelajar tajaan diwajibkan mengisi borang 'target setting' untuk sesi pengajian 2011/2012 dan akan disimpan oleh pihak MTPANSM. Satu salinan lagi akan dismpan sendiri oleh pelajar.

Begitulah begitu tingginya harapan ayah kepada kami semua pelajar-pelajar tajaan MAINS. Naik bulu roma saya tatkala ayah bersungguh-sungguh menyampaikan amanatnya kepada kami semua semasa pelancaran Projek Mumtaz. Semoga harapan ayah ini akan menjadi suntikan semangat kepada semua pelajar tajaan MAINS. Saya paling terharu dengan satu kata-kata ayah semasa ucapannya :

"Ayah tidak akan pulang semula ke sini (Mesir) sekiranya Menteri Besar tidak meluluskan permohonan peruntukan perbelanjaan untuk pelajar-pelajar tajaan"

InsyaAllah, semoga segala urusan dipermudahkan Allah dan diredhai olehNya. Semoga semangat ini terus subur sampai bila-bila. Teruskan perjuangan !

~PROJEK MUMTAZ AKAN DIKUATKUASAKAN APABILA BERMULANYA KULIAH PADA HARI AHAD (13/11/2011)~

~MUMTAZ UNTUK UMMAH~

(borang 'target setting' *sila klik untuk paparan yang lebih jelas)

(study hour corner ! fighting ! :) *sila abaikan lappy tersebut =.=)

(saja tayang gambar baru edit ni :p *future muslim doctor 2017..amin..)

*Menghabiskan saki baki cuti selama 1 hari ini dengan sebaik-baiknya kerana kerja keras menelaah pelajaran akan dijalankan bermula pada hari ahad ini. Chaiyok ! Chaiyok ! :) 

with love,
wawa 


chapter 6 : Korban, Terkorban dan Terus Berkorban

~ASSALAMUA'LAIKUM~

ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR...WA LILLAHILHAMD...

Situasi 1

"Kenapa nak sembelih lembu tu, ayah? Sakitlah lembu tu, kesian dia", Farid bertanya kepada ayahnya sambil memandang simpati.
"Farid, jangan kesian. Nanti tak boleh makan....", jawab ayah menasihati si anak.

Situasi 2

"Mal, nanti tolong pak cik sembelih kambing ni. Pak cik bukannya kuat sangat ni. Lepas tu, boleh kita lapah sama-sama daging kambing ni", pinta Pak Abu

"Ermm..ermm..saya tak hafal niat la pak cik......", jawab Kamal.

Begitulah antara situasi dan fakta yang sering kita lihat dan dengar apabila menjelang Hari Raya Aidiladha setiap tahun. Sudahkah kita bersedia dengan situasi-situasi tersebut? Jadi saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang makna korban sebagai seorang penuntut ilmu.

KORBAN boleh ditakrifkan kepada dua penakrifan iaitu :
1) Mendekatkan diri kepada Allah Taala 
2) Keikhlasan, ketaqwaan dan kesungguhan

Jika kita imbau kembali ke zaman para anbiya', kisah korban ini dapat kita kaitkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran Nabi Ismail. 

Firman Allah :
"Maka ketika anak itu sampai sampai umur pada sanggup beusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata : Wahai anakku sesungguhnya aku bermimpi menyembelihmu, maka fikirkanlah apakah pendapatmu? Anaknya menjawab, wahai ayah! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah ayah akan mendapati diriku dari orang yang sabar."
(surah as-Saffat : ayat 102)

Sebelum Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ismail sempat menyampai beberapa pesanan kepada ayahnya :

"Wahai ayahku, gunakanlah pisau yang tajam untuk menyembelihku supaya aku tidak rasa begitu sakit dan palingkanlah kepalaku agar aku tidak nampak mata pisau takut dikhuatiri aku akan berasa gentar."

"Baringkanlah aku di rusuk sebelah kanan. Bersihkan darah di pakaianmu nanti supaya ibu tidak akan sedih apabila meilhatnya"

"Sampaikan salamku kepada ibu setelah engkau pulang ke rumah, wahai ayahku"

Lalu Allah berfirman dalam surah as-Saffat, ayat 107 :

"Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar"
(surah as-Saffat : ayat 107)

Maka dengan itu, Allah telah menukarkan korban ini dengan seekor kibas. Rentetan daripada peristiwa itu, setiap tahun Nabi Ibrahim akan melakukan ibadah korban pada setiap tahun dan ibadah ini masih diteruskan oleh generasi Islam kini. Sebenarnya Allah sahaja mahu menguji ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim serta menguji kesabaran Nabi Ismail dalam menjalankan perintah Allah.

Kisah yang meruntun hati ini pasti akan membuat setiap hati-hati kita insaf dan tidak akan berpatah balik apabila kita telah melakukan sesuatu pengorbanan. Secara analoginya, makna korban dapat dikaitkan dalam konteks kehidupan. Kita sebagai pelajar masih tidak mampu untuk mengeluarkan duit sendiri untuk membeli seekor binatang sembelihan untuk melakukan ibadah korban. Tetapi sebenarnya banyak lagi bentuk pengorbanan yang secara langsung atau tidak langsung telah kita korbankan sebagai seorang pelajar. Antaranya makna korban sebagai penuntut ilmu :

#1. Penuntut ilmu harus korbankan masa rehat, berhibur, wang ringgit untuk kejayaan yang akan menaikkan nama Islam.
#2. Penuntut ilmu harus yakin dengan pertolongan Allah.
#3. Penuntut ilmu harus merasakan proses menuntut ilmu adalah amanah kerana ia adalah perintah Allah.
#4. Berusaha menuntut ilmu dan meraih kejayaan untuk Islam tanpa ada sebarang alasan.
#5. Sifat taqwa yang ada dalam penuntut ilmu akan menyebabkan adanya praktikal ihsan dalam hidup.

Siapa kata kehidupan kita sebagai seorang pelajar hanya "menghabihkan bogheh mak bapak yo" dan "menghabihkan duit kerajaan semato-mato untuk membiayai pelajaran kita". Sila buang semua persepsi tu jauh-jauh kerana pengorbanan kita sebagai pelajar dan juga orang-orang di sekeliling kita, insyaAllah akan dapat dituai hasilnya untuk kembali disumbangkan kepada agama, bangsa dan negara :)

~TERUSKAN PERJUANGAN KITA !! MUMTAZ FOR UMMAH~


*Sambutan hari raya Aidiladha di Mesir sangat meriah. Sekolah dan universiti cuti seminggu sempena hari raya ini. Bukan itu sahaja, ibadah korban sangat hidup di sini, di mana-mana sahaja akan terlihat orang Islam menyembelih binatang korban. Tidak kurang juga dengan Rumah Negeri Sembilan Kaherah telah mengorbankan 6 ekor kambing dan PERUBATAN juga telah mengorbankan beberapa ekor unta dan kambing (actually tak ingat berapa :p). 

So let's the pictures tell the story :)


(unta yang dikorbankan)

(acara melapah)

(perjalanan ke masjid)
(acara buat kuih dan kek)

(lepas solat sunat raya) 

 (bermaafan di pagi raya)

(disebabkan terlalu ramai orang, pihak masjid terpaksa membentang tikar di atas jalan raya untuk kemudahan para jemaah melakukan solat sunat aidiladha)

(ahli beit tersayang, dari kiri : uteh syida, kak atin, kak aisyah, adik wawa :p, kak hana, kak tirah. Tiada dalam gambar : kak rozie dan syuhada anuar)

(wajah ceria setelah puas melantak daging kambing :p)

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sesekali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya"
(surah al-Hajj : 37)

~Setiap bulu-bulunya adalah pahala~

with love,
wawa




chapter 5 : mashed potato !!

ASSALAMUA'LAIKUM !

 Teringin nak makan mashed potato dengan harga yang murah? Malas untuk berpusu-pusu ke KFC yang berdekatan? Anda suka makan mashed potato sebagai snek harian anda? Ataupun kucing anda penggemar mashed potato yang tegar? Ya!! Saya ada jawapan untuk menyelesaikan semua masalah di atas. Jadi, entry kali saya nak berkongsi satu resepi mudah untuk membuat mashed potato setanding KFC, I tell you all ! (hahaha). Kalau nak tahu lebih lanjut sila baca sampai habis ya :)

Bahan-bahan :

-Ubi kentang (kuantiti ikut keperluan)
-1/2 cawan susu segar
-4 sudu besar tepung jagung
-Satu sudu besar marjerin
-Satu pati kiub ayam
-Lada hitam
-Garam secukup rasa
-kicap (kalau ade bahan pewarna yang berwarna gelap terdapat di Malaysia boleh guna juga)

Cara-cara membuat :

Kentang lenyek
1) Mula-mula rebus ubi kentang sehingga empuk (jangan lupa buang kulit dulu sebelum rebus).
2) Selepas diyakini empuk, toskan air dan lenyek kentang tersebut menggunakan alat sesuai seperti senduk, sudu atau alatan lain yang boleh melenyekkan kentang tersebut sehingga halus.
3) Selepas melenyek kentang tersebut, tuangkan sedikit susu segar dan garam secukup rasa ke dalam kentang lenyek. Kacau rata.

Kuah
1) Cairkan marjerin di dalam periuk. Sebelum marjerin menjadi hangus di dalam periuk, masukkan 1/2 cawan susu segar.
2) Masukkan kiub pati ayam dan kacau rata.
3) Masukkan sedikit air dan bancuh 4 sudu tepung jagung. Kemudian, masukkan bancuhan tepun jagung ke dalam periuk tersebut. Kacau rata lagi.
4) Kalau kuah terlali pekat, tambahkan lagi air. Masukkan juga lada hitam yang ditumbuk halus mengikut citarasa masing-masing.
5) Akhir sekali, masukkan kicap sehingga kuah berwarna sedikit gelap. Kalau terdapat bahan pewarna yang berwarna gelap, boleh juga digunakan untuk memberi warna kepada kuah. Saya hanya menggunakan kicap sebagai bahan pewarna sebab itu sahaja alternatif yang paling senang untuk saya di sini. Asal boleh ! (T_T)

So, inilah hasilnya........



Jadi apa tunggu lagi. Sila cuba di rumah anda dan jadikan hidangan sarapan atau minum petang seisi keluarga dan perut anda :)

*Thank to kak Sheila Fatin kerana berkongsi resepi ini. And now currently busy for preparation Eidul Adha :)

"Makanlah dari (makanan) yang baik-baik, dan kerjakanlah kebajikan"
(surah al-Mu'minun : ayat 51)

makan banyakbanyak, 
wawa :p