Samudera by Nora

ASSALAMUA'LAIKUM :)

Selamat hari Jumaat saya ucapkan kepada anda semua. Moga-moga hidup kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Hari jumaat hari mulia :). Pagi ini seperti biasalah hidup seperti penganggur terhormat abad ini, kalau sudah selesai semua kerja dan tak tahu nak buat apa. Apa lagi yang boleh buat kalau bukan jalan-jalan kat facebook, singgah kat wall orang, komen-komen dan yang sewaktu dengannya. Haha. Sebentar tadi semasa check 'new feeds' kat FB, tiba-tiba saya terjumpa satu link lagu kat wall kakak Nadhrah Azmi. Lagu yng saya maksudkan ialah Samudera, nyanyian penyanyi Nora. Selama ini dengar lagu tu pun macam biasa-biasa sajalah kan. NO FEELING~ :p. Paling akhir dengar lagu ini pun masa Fina AF9 mendendangkan lagu ini semasa di pentas konsert Akademi Fantasia (minggu ke berapa tak ingat pulak, tak ambil tahu pun sebenarnya, haha). Tetapi semasa saya dengar lagu ini tadi bersama liriknya, saya dapat rasakan bait-bait bahasa dalam lagu ini sangat indah. Tidak keterlaluan saya katakan seperti timbul satu perasaan untuk lebih bersemangat dalam menempuh kehidupan selepas ini. Kalau tak percaya sila amati liriknya :

Nora - Samudera

Nyanyikan ku gemuruh di irama
Melewati hamparan hati
Ku menanti sejuta suara
Yang memanggilku serikandi

Di pasak maya pada
Akan aku gegarkan
Embu azimat nan sakti
Dan bercurah awanan
Akan aku luruhkan
Menitis emas menghujan

Ku serakkan tautan kiambang
Sebelum ku jejaki gelombang

Jika tak ku temu kekuatan
Ku ratib semangat kebangkitan
Lautan bergelora
Tidak gentar ku rempuhi

Pelayaranku, biar tenggelam tak melara
Perjuanganku, sinarnya membelah samudera
Sinarnya membelah samudera

Cahaya lantera yang ku bawa
Mengharungi perjalananku
Lindungi dari badai prahara
Tetap bertahan sanubari

Ku serakkan tautan kiambang
Sebelum ku jejaki gelombang

Jika tak ku temu kekuatan
Ku ratib semangat kebangkitan
Lautan bergelora
Tidak gentar ku rempuhi
Pelayaranku, biar tenggelam tak melara
Perjuanganku, sinarnya membelah samudera

Jika tak ku temu kekuatan
Ku ratib semangat kebangkitan
Lautan bergelora
Tidak gentar ku rempuhi
Pelayaranku, biar tenggelam tak melara
Perjuanganku, sinarnya membelah samudera
Perjuanganku, sinarnya membelah samudera 

Bagi pendapat saya, lagu ini menceritakan tentang perjuangan yang tidak kenal erti putus asa. Walaupun kita terpaksa menghadapi banyak dugaan dalam hidup ini, tetapi kehidupan perlu diteruskan. Setiap kita akan diuji dengan bermacam-macam dugaan yang akan manjadi rencah dalam kehidupan. Tuhan juga tak akan menguji hambaNya jika orang itu tidak mampu menghadapi. Jadi, sebagai manusia yang diuji sememangnya anda seorang insan yang kuat dan perlulah optimis serta selalu bersangka baik dengan semua perkara terutamanya takdir Allah. Oleh itu, insan yang cemerlang datangnya dari akal, hati yang tenang, jiwa yang mantap, maka selami jiwa, selami akal, selami lautan dalam.... ( ~lawak~ ==' )

kesimpulannya.

TERUSKAN PERJUANGAN KAWAN !


love,
wawa =)

kek coklat sedap

ASSALAMUA'LAIKUM

Entry kali ini istimewa sedikit sebab saya bukan nak berkongsi cerita atau pengalaman tetapi saya ingin berkongsi satu resepi. Puan-puan semua bolehlah sediakan pen dan kertas ya :). Resepi yang ingin saya kongsi ialah resepi kek coklat. Hehehe. Mari kita mulakan.

Bahan-bahan :

***
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan susu segar coklat
1 cawan susu pekat manis 

**
3 biji telur
1 1/4 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat 

(barang-barang yang diperlukan)

Cara-cara memasak :

1) Masak kesemua bahan-bahan *** dalam periuk di atas api yang sederhana, Kacau bahan-bahan tersebut dan jangan tinggalkan supaya tidak hangus. Masak sehingga yakin kesemua bahan telah larut dengan sebati. Kalau sudah masak, sejukkan sebentar.


2) Pukul telur sehingga kembang dan gebu.


3) Masukkan bahan-bahan *** yang telah dimasak tadi ke dalam telur yang telah siap dipukul. Pukul sehingga sebati.

4) Kemudian, masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak ke dalam adunan no. 3 tadi. Kacau sehingga sebati.


5) Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang atau mana-mana bekas yang sesuai. Boleh juga diletakkan ke dalam cupcake, tetapi sukatan adunan hanya boleh diletakkan setengah daripada cupcake.


6) Kukus kek dalam bekas pengukus selama 45 minit.

Dan inilah hasilnya !!!!!

Illustrasi A

Illustrasi B

-Illustrasi A menunjukkan kek yang terlebih baking powder tetapi rasanya tetap sama :)
-Illustrasi B pula menunjukkan kek coklat yang pertama saya hasilkan, khas untuk ibu saya :)

*jutaan terima kasih saya ucapkan kepada MAMA NOOR (mama syaheera safuan) kerana telah menurunkan resepi ini kepada saya. Thank mama =)

~SELAMAT MENCUBA~

till then,
wawa

fenomena NUR KASIH :)

ASSALAMUA'LAIKUM

InsyaAllah, untuk entry kali ini saya nak cercite cercite sikit pasal satu drama yang pernah digilai orang rakyat Malaysia satu ketika dahulu. Drama tersebut ialah NUR KASIH. Drama arahan Khabir Bhatia ini telah berjaya merekodkan sehingga 19 juta penonton ketika drama tersebut ditayangkan di TV3, dan dalam 19 juta penonton itu, saya adalah salah seorang daripadanya :), hehe. Memang terbaik dari ladang dan lautan dalam drama ini. Kepada sesiapa yang tak percaya, bolehlah search kat youtube drama ini daripada episod 1 sampailah episod 26. Pasti tak menyesallah kalau tengok, i tell u~


"APAKAH YANG SANGGUP DIKORBANKAN UNTUK CINTA..."
 
sinopsis drama NUR KASIH yang mengandungi 26 episod :

*Pernahkah kite terfikir masih adakah lagi perkahwinan yang diaturkan pada zaman moden ini? Namun semua ini terjawab dalam drama Nur Kasih yang pernah ditayangkan di TV3. Dalam drama ini, Aidil terpaksa berkorban apabila ayahnya menjodohkan adiknya, Adam dengan gadis yang dicintainya, Nur Amina. Adam terpaksa menurut kehendak ayahnya itu walaupun dia mencintai gadis lain. Nur Amina pula terpaksa menerima perkahwinan tersebut walaupun dia bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya. Adam juga menyambut dingin perkahwinannya dengan Nur Amina. Perkara ini membuatkan hati sang isteri terguris lantaran layanan yang diberikan oleh si suami tidak seperti diharapkan. Namun begitu, Aidil tetap memberi semangat kepada mereka terutamanya Nur Amina untuk mempertahankan perkahwinan mereka. Pelbagai peristiwa  suka dan duka terlakar dalam drama ini serta disusun baik oleh pengarahnya untuk memberi kesan yang mendalam kepada para penonton. Drama ini juga telah berakhir dengan sebuah pertemuan yang indah antara dua jiwa yang pasti mengusik kalbu bagi sesiapa yang menjiwainya T_T

part 1

part 2

part 3


[episod akhir drama Nur Kasih =)]





Seterusnya pula, saya ingin menceritakan tentang lanjutan cinta teragung abad ini iaitu cinta Adam dan Nur Amina. Nur Kasih the movie ini merupakan kesinambungan daripada drama siri Nur Kasih. Filem ini dibuka mantap dengan satu kejadian di mana terdapat satu kemalangan ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir yang indah di Jordan. Kemalangan yang telah disaksikan oleh dua orang Arab Badwi itu menjadi permulaan kisah yang menyentuh hati dan perasaan dalam filem Nur Kasih ini.

Filem ini kemudian membawa penonton menyaksikan Adam dan Nur sedang mengimbau kembali nostalgia kenangan lalu di Kuala Selangor. Kisah demi kisah terungkap dan dapat diketahui oleh penonton termasuk kematian isteri Aidil yang tercinta iaitu Alia. Dalam filem ini, Aidil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang ayah tunggal kepada dua orang anak bernama Ilyas, 7 dan Maryam, 5. Anak-anak Aidil mempunyai personaliti yang berbeza, Ilyas sama seperti ayahnya yang lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam. Dia juga sangat mengambil berat tentang keadaan ayahnya. Manakala Maryam masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku.

Adam dan Nur kembali ke Kuala Lumpur dan mereka banyak menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah. Tujuannya adalah untuk melepaskan kerinduan mereka terhadap anak-anak kerana mereka masih belum dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Di pusat jagaan tersebut, watak Mamat, Sarah dan Jamal telah dihidupkan untuk mewarnai jalan cerita filem ini.

Apabila Adam mengetahui Nur mengandung, Adam memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana sudah lama dia menanti saat itu. Namun takdir telah merubah segalanya kerana kandungan Nur telah mengalami keguguran. Kejadian tersebut telah membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daraipada ajaran Allah serta menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Walaubagaimanapun, Aidil tetap memberi nasihat, semangat dan dorongan kepada Adam supaya kembali ke jalan yang benar.

Selepas daripada peristiwa itu, Adam dan Nur bercadang untuk mengunjungi Mekah seterusnya menyusul ke Jordan. Pasangan menemui kedamaian semasa berada di Jordan tetapi Adam sering dihantui dengan kematian Nur. Adam dapat merasakan bahawa itu merupakan satu petanda buruk. Keimanan dan Percintaan mereka diuji lagi. Adam dan Nur telah terlibat dalam satu kemalangan kereta api yang ngeri di sana. Di dalam kekalutan selepas kemalangan berlaku, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku. Saat itu Adam merasakan bagai dia kehilangan semuanya dan saya sendiri tersentuh hati lantas menitiskan air mata semasa Adam melafazkan doa untuk memohon pertolongan daripada Allah. "YA ALLAH, AMBILLAH APA SAJA KECUALI NUR"", begitulah doa yang dilafazkan oleh Adam. Nur tersedar daripada pengsan dan disitulah bermulanya kisah yang meruntun perasaan dalam filem ini.




 (Barisan pelakon filem Nur Kasih)

Akhir kata, fenomena Nur Kasih ini merupakan fenomena yang mampu membuat orang ramai terpukau dek keagungan cinta Adam dan Nur Amina. Banyak pengajaran yang boleh diambil dalam jalan cerita filem ini. Bagi mereka yang tidak sempat menonton filem ini, anda bolehlah muat turun filem ini dimana-mana Torrent ya ataupun langganlah Astro First :p. hehehe~
till then,
wawa

SAYANG AYAH =)

~ASSALAMUA'LAIKUM~

This entry is specially dedicated to my beloved person in my life, he is my hero, he is my everything, without him i'm nothing in this world, the person is my dad, he was named by ALI BIN ABDUL MANAP.

(my lovely dad)

Yesterday (4th of June) was his birthday, my father is now 53 years old, although his age is increasing, but he still looks young, hehehe, now I want to say HAPPY BIRTHDAY to my beloved father, good fortune and longevity increases, may Allah bless you :)
He devotes a lot of devotion to me, since I was young, a lot of sacrifices that were made ​​by him for raising me and my other siblings, perhaps it all will not be rewarded with money or property which is full of bulk, but I greatly appreciate the service which was given by my father all my life, only God can reward you for all the kindness.
lastly, thank you for everything, my father was the greatest man I ever met in this world, I LOVE YOU AYAH !!!
=)
=)
(ayah dan ibu, love both of you)

*this post is fully english, so if this post have many errors here and there, please apologise me :)*

Lot of Love,
your daughter, Khairun Najwa :)