chapter 11 : Egypt Revolution Relaunched ?

ASSALAMUA'LAIKUM !

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang, saya masih diberi kesempatan untuk terus menulis dalam blog ini. Selesai sahaja mengulang kaji pelajaran subjek Physiology sebentar tadi, lantas ingatan saya menggamit kembali peristiwa yang berlaku pada petang tadi. Sedang kami khusyuk mendengar lecture Physiology yang disampaikan oleh Dr. Essam, tiba-tiba pak cik penjaga bilik kuliah kami datang dan mengatakan sesuatu kepada doktor. Kemudian, doktor memberitahu kami bahawa lecture terpaksa ditamatkan kerana berlaku beberapa masalah di luar. Tetapi permasalahan tidak dinyatakan. Lain dan tidak bukan sudah tentu masalah berkaitan demonstrasi yang tejadi sejak akhir-akhir ini. Sebaik sahaja melihat keadaan di luar kuliah, saya berasa agak terkejut dan sedikit takut kerana semua pelajar jalan berpusu-pusu menuju ke pintu keluar universiti. Suasana jalan raya pun agak sibuk dan kami bernasib baik kerana tramco untuk ke Hayyu Sabi' mudah didapati. Alhamdulillah. Sedikit daripada pengetahuan dan info yang saya dapat setakat ini, ingin saya berkongsi sedikit maklumat tentang revolusi yang melanda Mesir kini. Memandangkan ramai rakyat Malaysia termasuk ibu bapa saya sering bertanyakan khabar tentang kami rakyat Malaysia di sini.





Gambaran keadaan dan suasana di sini :

1) Secara amnya, institusi kerajaan, swasta, pendidikan, pengangkutan, perbankan dan perniagaan masih berjalan seperti biasa di Mesir ini. 

2) Pasukan Polis sudah mula beroperasi secara berperingkat tetapi tindakan daripada pihak polis tidak menepati keperluan kecemasan. Banyak kes-kes jenayah seperti pecah rumah, rompakan dan samseng jalanan masih berlaku. Hal ini menyebabkan keyakinan rakyat Mesir terhadap anggota Polis masih belum pulih sepenuhnya.

3) Pihak tentera masih berkawal di beberapa kawasan strategik dan bangunan-bangunan kerajaan. Tetapi keadaan ini masih tidak dapat mengawal kadar jenayah yang berlaku.

4) Kekacauan dan keganasan masih lagi berlaku di kawasan-kawasan tertentu. Tunjuk perasaan dan mogok juga sering berlaku pada masa dan tempat yang tertentu. Tunjuk perasaan dan mogok banyak dilakukan oleh golongan rakyat dengan pelbagai alasan termasuklah menuntut kenaikan gaji, mendesak kerajaan sementara dan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) membuat sebarang perubahan untuk memulihkan kembali keamanan, kestabilan politik dan ekonomi Mesir. Bilangan pelancong asing yang datang ke negara ini juga semakin berkurang.




Secara ringkasnya, rakyat Mesir mendesak supaya pihak tentera meletakkan jawatan dalam pemerintahan negara dan menggantikan dengan pemerintahan awam. Keadaan yang dilihat semakin meruncing ini menimbulkan kebimbingan pelbagai pihak dan angka kematian juga semakin meningkat akibat demonstrasi yang berlaku terutamanya di dataran Tahrir, Kaherah. Semua warga Malaysia di Mesir diharapkan dapat mematuhi garis panduan yang telah digariskan oleh pihak kedutaan dalam surat pekeliling yang dikeluarkan baru-baru ini. Antaranya :

1) Menghindari kawasann-kawasan tumpuan tunjuk perasaan seperti di Tahrir, bangunan-bangunan kerajaan dan lain-lain. Tidak melibatkan diri dalam sebarang tunjuk perasaan dan perhimpunan yang dianjurkan oleh rakyat tempatan. 

2) Tidak terlibat dalam urusan politik Mesir kerana situasi semasa di Mesir merupakan hal ehwal rakyat Mesir semata-mata.

3) Mengelakkan diri daripada bersiar-siar atau berjalan-jalan pada waktu malam terutamanya para akhawat.

4) Para pelajar yang mahu mengadakan aktiviti atau terlibat dengan sebarang aktiviti melibatkan individu atau berkumpulan mestilah mendapat pandangan dan kelulusan pihak Pejabat Education Malaysia Egypt atau mana-mana Pejabat Hal Ehwal Negeri. Badan-badan persatuan dan kebajikan pelajar disarankan menangguh terlebih dahulu sebarang aktiviti yang dirancang.

Persediaan juga mestilah dilakukan seperti menyediakan bekalan makanan yang mencukupi, dokumen yang lengkap dan wang sebelum keadaan bertambah buruk. Pilihan raya yang dijangka akan dijalankan pada bulan November ini sehingga bulan Mac 2012 akan menjadi sinar baru dalam tampuk pemerintahan Mesir.

Besarlah harapan semua pihak terutamanya kami pelajar Malaysia supaya bumi kinanah ini kembali aman. Negara ini tempat kami semua menuntut ilmu da mencari pengalaman yang berguna untuk masa hadapan. Ilmu dan pengalaman yang bakal digunakan untuk berkhidmat kepada agama, masyarakat dan negara tercinta, Malaysia. InsyaAllah. Secara peribadinya, saya mula jatuh cinta kepada bumi Mesir kerana terdapat banyaknya mutiara ilmu yang bergemerlapan di sebalik debu-debu yang berterbangan.

LONG LIVE EGYPT !

(rasa bersemangat bila tengok semangat rakyat Mesir dalam perjuangan mereka yang mahukan pemerintahan kerajaan yang telus dan tidak mengamalkan korupsi serta penyelewangan dalam pentadbiran)

Ya Allah, selamatkanlah bumi anbiya' ini, lindungilah semua rakyat Malaysia di Mesir ini, dan permudahkanlah urusan semua rakyat Mesir dalam memilih tampuk kepimpinan kerajaan yang lebih telus supaya kestabilan politik dan ekonomi serta keamanan dapat dicapai.

Amin ya rabbal 'alamin...... 





with love,
wawa

5 comments:

  1. insyaAllah . yar'akallahu alaikum :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wawa.....

    osem sungguh blog awak ni..
    tak yah bace berita dah.
    bace blog awak, akak dah rasa terupdated dgn isu2 semasaaa...

    jzkk syg.

    ReplyDelete
  3. den yg dapat maklumat ko yg update dulu . cetttt . -.-'

    btw , thanks .

    ReplyDelete
  4. haha, takpelah, ko cari wawa tuliskan, hehe, ni pun ade gak maklumat dari MTP, tak tgk pun kat ahramonline tu :) btw, thank syude !

    ReplyDelete