chapter 7 : Misi Mumtaz Bermula !

ASSALAMUA'LAIKUM

Alhamdulillah, syukur kepada Maha Pencipta seluruh alam kerana saya masih berpeluang untuk menulis sesuatu yang baru dalam blog saya ini. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana saya masih bernafas atas bumi pinjaman Allah ini. ALHAMDULILLAH ! ALHAMDULILLAH ! ALHAMDULILLAH !

Cuti seminggu sempena Hari Raya Aidiladha sudah sampai masanya untuk melabuhkan tirai. Jadi, segala perjalanan sebagai mahasiwa/wi bermula kembali. Pagi pergi ke kuliah, petang balik dari kuliah, menghadiri kelas tafaqquh, kelas talaqqi, study group dan smart circle akan berjalan seperti biasa. Tetapi apa yang menariknya tamatnya cuti ini adalah saya rasa begitu semangat untuk memulakan semua perkara tersebut. Kebiasaannya kalau tamat cuti sudah tentu kita akan berasa malas dan ralat untuk memulakan aktiviti harian seperti pergi kuliah atau kerja termasuklah saya. Disebabkan satu suntikan semangat semua perasaan negatif tersebut hilang dek ditenggelamkan oleh 'miracle injection' tersebut. Nak tahu apa 'miracle injection' tersebut? 

Baru-baru ini, Pegawai Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan. Tuan Haji Abdul Malek bin Kahar merangkap ayahanda kami di Mesir ini telah berucap di hadapan semua pelajar tajaan MAINS sempena Hari Raya Aidiladha. Dalam ucapannya, beliau telah melancarkan satu projek iaitu PROJEK MUMTAZ sebagai salah satu wadah kepada semua pelajar tajaan MAINS untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran kami. Antara perkara yang diumumkan adalah :

1. Semua pelajar tajaan tidak boleh gagal sebanyak 2 kali sepanjang tempoh pengajian. Jika tidak tajaan akan ditarik serta merta (nau'zubillah min zalik).
2. Kelas tutorial akan dijalankan dengan rancak khas untuk pelajar-pelajar tajaan MAINS.
3. 'Study Hours' akan dijalankan setiap malam.
4. Sifar 'rosib' (gagal) bagi semua pelajar dirasat dan perubatan.
5. Peruntukan untuk perbelanjaan pelajar untuk pelajaran akan dinaikkan kepada RM $$$$$ (rahsia)
6. Setiap pelajar tajaan diwajibkan mengisi borang 'target setting' untuk sesi pengajian 2011/2012 dan akan disimpan oleh pihak MTPANSM. Satu salinan lagi akan dismpan sendiri oleh pelajar.

Begitulah begitu tingginya harapan ayah kepada kami semua pelajar-pelajar tajaan MAINS. Naik bulu roma saya tatkala ayah bersungguh-sungguh menyampaikan amanatnya kepada kami semua semasa pelancaran Projek Mumtaz. Semoga harapan ayah ini akan menjadi suntikan semangat kepada semua pelajar tajaan MAINS. Saya paling terharu dengan satu kata-kata ayah semasa ucapannya :

"Ayah tidak akan pulang semula ke sini (Mesir) sekiranya Menteri Besar tidak meluluskan permohonan peruntukan perbelanjaan untuk pelajar-pelajar tajaan"

InsyaAllah, semoga segala urusan dipermudahkan Allah dan diredhai olehNya. Semoga semangat ini terus subur sampai bila-bila. Teruskan perjuangan !

~PROJEK MUMTAZ AKAN DIKUATKUASAKAN APABILA BERMULANYA KULIAH PADA HARI AHAD (13/11/2011)~

~MUMTAZ UNTUK UMMAH~

(borang 'target setting' *sila klik untuk paparan yang lebih jelas)

(study hour corner ! fighting ! :) *sila abaikan lappy tersebut =.=)

(saja tayang gambar baru edit ni :p *future muslim doctor 2017..amin..)

*Menghabiskan saki baki cuti selama 1 hari ini dengan sebaik-baiknya kerana kerja keras menelaah pelajaran akan dijalankan bermula pada hari ahad ini. Chaiyok ! Chaiyok ! :) 

with love,
wawa 


2 comments: