chapter 13 : Tahun Baru, Azam Baru, Semangat Baru !

ASSALAMUA'LAIKUM

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam ma'al hijrah 1433H.


Dengan berakhirnya lembaran buku amalan pada tahun 1432 H, marilah kita sama-sama padukan tekad dan azam dalam membuka lembaran buku amalan baru untuk tahun ini. InsyaAllah. Rancanglah hala tuju anda dengan lebih jelas selepas ini kerana Saidina Ali R.A pernah berkata :

"Kebenaran yang tidak dirancang, pasti akan dapat dikalahkan juga dengan kebatilan yang tidak dirancang"

Bukan itu sahaja, hijrah dalam konteks masa kini boleh ditakrifkan sebagai satu perubahan dari sikap yang buruk kepada yang sikap baik dan yang baik kepada yang lebih baik serta menyemaikannya dengan benih-benih taqwa melalui tarbiyyah islamiyyah. Jadi, sama-samalah kita muhasabah dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik supaya kita dapat mendidik masyarakat di tanah air kita yang sememangnya memerlukan kita semua.

"Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di negara kamu"
(Hassan Hudhoibi)


salam ma'al hijrah dari perantauan,
wawa


No comments:

Post a Comment