rindu.RINDU.rindu.RINDU.rindu

~ASSALAMUA'LAIKUM people~

Untuk post kali ini, sye nak tulis pasal kawan-kawan baik sye, actually sye takde bende nak tulis sbenanye, hari tu sye chat di fesbuk dgn salah seorang rakan baik sye Fatin Athirah Azman, perbualannya lebih kurang camni lahh :

trah : wahh, wawa da maju la..da de blog
wawa : haha..bese je
trah : nnti post la byk2 sal kwn2 kite waa
wawa : insyaAllah..i'll find the way
trah : nnti wawa letak gmba trah besa2 byk2 tau kat situ..huhu
wawa : ok..no hal !

Bila teringat balik ape yg kitaorg borak-borak tu, tibe2 terfikir pulak nak tulis entry pasal kawan-kawan : ), titik permulaan persahabatan kami bermula di SMKA PEDAS ( sekolah tercinta : ] ), sye masih terbayang lagi mcm mane sye mule menjejakkan kaki kat SMKA Pedas tu, sye tak nak masuk skola tu, tp ayah dan ibu suruh sye paksa masuk juga, sye dgn berat hati jantung limpa usus paru pergilah je lah masuk skola tu kan, mase tu macam2 saye fikir, kalau masuk sekolah tu nnti, keluar jadi ustazah laa, berselubung laa, rimas laa ( huishh, astaghfirullah~ kolotnye sye mase tu kan -_- ), biasalah form 1 kan, hingusan lagi, homesick~~~ rase mcm nak pindah je dari sekolah tu, tp sye kuatkan semangat lagi demi parents tercinta, masuk je form 2, da besar skit la kan, tp blum cukup besar lagi laa, still kne pantau dgn akak2 BADAR lagi, byk kali gak kne function, gelabah masing-masing, hahahahahaaa : D, time2 ni jugalah sye menjadi begitu rapat dgn semua rakan-rakan baik sye, huhu, mase tu ramai woo~ 22 0rang~ bayangkan lah, selalunya kawan baik ade 2 3 4 5 org je, kitaorg punye lah byk smpai 22, tp kitaorg tetap boleh berkwn rapat lah eventhough dalam lingkungan yg besar : ), hampir semua benda buat same2, pergi prep, pergi sarapan, pergi dewan makan, selagi tak cukup kuota, jgn haraplah boleh gerak ke mana-mana, huhu, masuk je form 3, struggle nak menghadap PMR la plak kan, tp time form 3 lah saat-saat paling best, tak tau lah kenapa. tp mmg sye happy sangat2 time form 3~  : ]

~tina,atin,angah,dikyah,trah,pqa kama,ily,diksue,fiqah,ctk,ana,gogle,wani,saadah,pqa nadz,sal,izzah,nana,huda,malen,nisna~

: ) rindu kau orang !!! : )

 ( kenangan masa form 3~ tiada dlm gambar : ily,wani,gogle,ctk,izzah,nisna,atin )

 ( trahh~ amik kau~ ni gmba anda ye, silalah berbangga :p )

Tapi mase form 4, T_T~ ni yg nak touching nihh, mase ni jugak lahh, ramai2 pakat pindah kan, sye sedih sangat mase nihh, kawan-kawan sye, sal,izzah,nisna,pqa nadz dan nana pindah, then mase naik form 5, huda plak yg pindah atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan, sedih bile ingat saat-saat tu


kau pergi~ kau pergi~ (nyanyi skit haa)


( mase malen nak pindah, sedihhh~ T_T )


Bila da form 5, tinggal 15 org je, mase form 5 ni la masa utk kitaorg nak bina kenangan byk2, semua nye best la walaupun tgh nak menghadap satu exam keramat, we still enjoy ourselves : ), disebabkan busy dgn study, kitaorg jarang gak lah lepak2, dah la xsame kelas kan (tp mase nih sye same kelas dgn angah) xsame dorm plak, tp xpe, kitaorg ade bilik prep yg digunakan utk berkumpul, hahaha, rosak bilik prep tu~ : p, tyme nak spm tu, saat-saat paling akhirlah kitaorg same, sbaik semua dorm yg same, bestbestbest, rindu nak makan roti kaya dan minum nescafe+nestum ( buatan dikyah~ class gitu ! ) pagi-pagi sblum nak amik exam, huhu, klakar pun ade gakk, angah snggup mkn roti kaya tiap2 hari semata-mata xnak pergi makan tyme acik dewan makan yg 'geng serkup' ( alahh, acik yg comel2 tu, HOHO ) tu bertugas, then trah pun join sekaki gak, lawak tul dorang nihh~ : D, bila habis je paper PQS, semua org happy especially bdk2 aliran sains tp bdk2 aliran sastera xhabis lagi exam, so kenalah stay asrama lagi, tinggal la saadah,fiqah,tina,trah dan ana je dlm dorm tu, sedih je dgr suara dorang bila call dorg : (, tp lepas je semua selesai, kitaorg ade lah juga rancang2 nak buat gathering balik, sebenarnya sebelum spm lagi dah rancang, macam2 tempat jadi tempat cadangan, times square laa, Port Dickson laa, at last kitaorg pergi hang out kat JELEBU, tp xsemua pergi pun, tp xpelah at least dapat jumpa juga kan, BEST !!!! dapat mandi kat jeram toi, sejuk air kat situ, kitaorg buat jeram tu mcm jeram kitaorg, LIHATLAH DUNIA !!! kecoh betul~ then malam tu ada BBQ kat rumah dikyah dan kitaorg stay kat situ satu malam.


( inilah last day sye kat sekolah dan asrama , gambar terakhir gak yg di tangkap bersama2 di sekolah TT_TT )




 Actually, saya teramatlah rindu dgn semua rakan-rakan batch sye, semua sye rindu, terutamanya menyanyi kat toilet form petang2, bergedik santai di dorm, main after-after, HOHOHO, loike that ! bilalah sye nak rase semua tu balikkan T_T, semuanya rindu lah, sekolah~ kelas 5G~ cikgucikgi~ uniform sekolah~ kelas fizik cikgu tapa : )~ prep~ semua pasal asrama dan sekolah lah, semuanya rindu-rindu belaka, lepas ini da takkan lalui semua tu, ke arah dunia yang lebih matang, acececehh~ : ]


Then, saye nak ucapkan all the best kepada semua rakan-rakan batch sye, putera dan puteri, semoga sukses dimana anda berada, yeahh!!


 ( wonderGIRLS~ photo by : kak shiraa )

( wonderBOYS~ photo by : kak shiraa )

Terima kasih tidak terhingga juga kepada guru-guru yang banyak mencurahkan ilmu serta sekolah tercinta, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAM PEDAS yang banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar kpd sye, banyak kenangan suka dan duka telah terukir sepanjang berada di sana, segala memori yang tercipta tetap terpahat kukuh di hati ini : )


( tinggal kenangan )


( the best class ever after : p ~5 Al-Ghazali~ )


( HAHA ! classmate~ )


Lastly, sila dengar lagu ini ye : )~


Title : Memori Tercipta
By : Shila feat Ayu




I MISS YOU ALL


OFF.

saya yang menurut perintah,
~wawa~ 
















TAK HARAM SALAM PEREMPUAN?????

~ASSALAMUA'LAIKUM~


For this entry, sye nak share skit apa yang sye dapat hari ini, semasa sye tgh bermukabuku pagi td, sye ada lah pergi bersiar-siar kata laman-laman web melalui google search, then sye terbace kat satu website nihh, maudu'nye ialah  TAK HARAM SALAM PEREMPUAN,  sye tertarik lah kan nak bace pengisian tu, so sye nak share la kat blog sye ni, sharing is caring right?? : )

Tapi sye copy and paste je lah dari website tu ye, sebab klu sye tulis sendri nnti, salah fatwa plak kan, nanti orang yang bace jadi sesat, sye pun terjerat pula nanti, bagi yg melihat tajuk ini tanpa membaca artikel yg ingin sye kongsikan ini, jangan mudah melatah ye, lepas ni gi lak pandai2 pegang tangan orang yang tidak halal bagi kita, JANGANNN !!!, so anda kena lah bce terlebih dahulu ya, BACE JANGAN TAK BACE~ : ]

1. Ramai di kalangan kita yang tentunya serba salah apabila seorang yang berbeza jantina dengan kita menghulurkan tangan untuk bersalam, apatah lagi apabila kita berada dalam majlis besar atau “flash” kamera berkelipan sedang mengambil gambar kita. Kita serba salah kerana takutkan dosa dan juga khuatir terhadap fitnah atau tohmah yang bakal melanda. Soalnya, apa pandangan Islam terhadap perkara seperti ini? Apakah benar ianya haram? Isu ini sebenarnya termasuk dalam isu fiqh yang kontroversi sebagaimana isu mendengar muzik.

2. Saya amat meminati pendekatan fatwa oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi. Walaupun saya juga mengenali ulama’ besar yang lain, namun hati saya lebih menyenangi cara beliau dalam mengutarakan sesuatu pandangan. Malah, Al-Qaradawi membezakan fatwa kepada dua iaitu Fatwa Aysar (lebih kepada memudahkan orang awam) dan Fatwa Ahwat (lebih mengutamakan sifat berhati-hati terutamanya bagi pihak yang faham dan “komited” dengan agama).

3. Apabila seseorang mengatakan bahawa bersalam di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram (ajnabi) hukumnya adalah haram, maka kita perlu bertanya kepadanya apakah dalil yang dia (atau mereka) miliki untuk mengatakan ianya haram. Untuk mengatakan sesuatu benda atau perbuatan itu haram, kita memerlukan dalil yang qat’ie (putus), soreh dan sahih. Tidak sepatutnya kita dengan mudah mengatakan sesuatu itu haram tanpa sokongan dalil yang kukuh.

4. Sebenarnya, berkaitan dengan perbuatan bersalaman antara lelaki dan perempuan (bukan mahram), tiada sebarang ayat Al-Quran mahupun hadith-hadith sahih yang disepakati para ulama’ hadith yang mengharamkannya. Jika terdapat sekalipun hadith-hadith tertentu, ianya tidak sunyi dari pertikaian para ulama (tidak disepakati). Bagi Al-Qardawi umpamanya, beliau mengatakan bahawa beliau sudah berusaha untuk mencari nas-nas syarak yang kuat dan menyakinkan namun tiada satu pun yang beliau temui.

5. Saya mendapati kebanyakan ulama’ kontemporari (termasuk Sheikh Muhammad Soleh Al-Munajjid) berhujah mengunakan hadith yang direkodkan oleh Al-Tabrani dan Al-Baihaqi sebagaimana diriwayatkan oleh Ma`qil ibn Yassar bahawa Rasulullah SAW telah bersabda dengan maksudnya, “Bahawa menyusukkan jarum besi ke dalam kepala seseorang daripada kamu adalah lebih baik daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya”. (Lihat Sahihul Jami’, hadith no. 4921)

6. Saya amat menyukai cara Al-Qaradawi mengulas hadith ini:-
a) Para Imam Hadith tidak mensabitkan kesahihan hadith ini walaupun ada di kalangan mereka yang mengatakan bahawa para perawinya adalah dipercayai tetapi tidak memadai (bagi Al Qaradawi) untuk menjadikan hadith ini sebagai sahih. Lantaran itu, kita tidak mendapati wujudnya di kalangan sahabat Nabi SAW yang menjadikan hadith ini sebagai sandaran mereka apabila melarang amalan bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabi.
b) Jika hadith itu sahih dan diterima sekalipun di sisi ulama’ tertentu, namun ianya masih tidak dapat meyakinkan Al-Qardawi bahawa hadith tersebut boleh digunakan sebagai dalil haramnya bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi. Ini disebabkan, perkataan “menyentuh” (dalam bahasa Arab – “Al-Mass”) tidaklah merujuk kepada perbuatan bersentuhan semata-mata tanpa diiringi dengan nafsu sebagaimana yang berlaku dalam kes bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabi, tetapi perkataan tersebut digunakan oleh Al-Quran dan hadith merujuk dua makna iaitu hubungan kelamin dan perbuatan bersedapan yang menjadi mukadimah kepada hubungan jenis contohnya; cumbu, peluk, raba, atau “gurau senda” yang seumpamanya.
Contoh ayat Al-Quran yang menggunakan perkataan “sentuh” dengan makna “hubungan jenis”, ialah Surah Al `Imran: ayat 47:-
قَالَتْ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَلِكِ اللّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاء إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ
Maksudnya; Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?” Allah berfirman; “Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ‘, lalu menjadilah ia.”

7. Contoh satu lagi ialah Surah Al-Baqarah: ayat 237:-
وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ إَلاَّ أَن يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ وَأَن تَعْفُواْ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَلاَ تَنسَوُاْ الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan

8. Al-Hakim merekodkan beberapa hadith dalam kitabnya Al-Mustadrak `ala As-Sahihain yang menunjukkan bahawa perkataan “lams” (sentuh) adalah dengan makna perbuatan-perbuatan yang mendahului hubungan jenis (istimta’)dan bukannya semata-mata menyentuh sahaja.

9. Kerana itu juga, Sheikhul Islam Ibn Taimiyah menganggap sebagai da’if (lemah) pandangan ulama’ yang mentafsirkan perkataan “mulamasah” (sentuhan) di dalam ayat Al-Quran dengan makna semata-mata sentuhan (antara lelaki dan perempuan) tanpa disertai dengan nafsu.

10. Sebagai kesimpulan, bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram:-
Pertama, hanya dibenarkan apabila tidak disertai dengan nafsu syahwat atau fitnah. Jika terdapat iringan nafsu syahwat, fitnah atau “keseronokan” maka, bersalaman yang demikian tetap menjadi haram. Tidak terkecuali, bersalaman antara mahram sekalipun, jika terdapat nafsu syahwat atau fitnah, ia juga menjadi haram.
Kedua, seboleh-bolehnya dihadkan hanya dalam lingkungan kaum keluarga dan orang yang mempunyai pertalian melalui perkahwinan dengan keluarga kita.
Ketiga, sebaik-baiknya, bagi orang yang komited dengan agamanya, berusaha untuk mengelak daripada bersalam dengan orang yang berbeza jantinanya (yang bukan mahram) sebagai mencontohi amalan Nabi SAW yang tidak pernah bersalam dengan perempuan bukan mahram.

Sepertimana yang disebut dalam hadith-hadith berikut:-

“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan”
(Riwayat Ahmad, 6/357; Sahihul Jami’, hadith no. 2509)

“Sesunggguhnya aku tidak menyentuh tangan perempuan”
(Riwayat Al-Tabrani dalam Al-Kabir, 24/342)

Hadith ‘Aisyah r.a. dengan maksudnya:-
Dan demi Allah! Sungguh tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi baginda membai’ah mereka dengan perkataan sahaja.
(Riwayat Muslim)


*Untuk keterangan lebih lanjut sila berkunjung ke website ini : http://ustjai.wordpress.com/2009/05/06/tak-haram-salam-perempuan/





Dah baca kan??? semua makhluk yang bergelar MANUSIA mempunyai akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, so anda fikir-fikirkanlah, renung-renungkan, dan selamat beramal~ bagi remaja-remaja yang khayal dengan pergaulan bebas yang tiada batasnya, jangan jadikan tajuk artikel ini sbg batu loncatan utk korang buat sukasuki hati korang je ye, so WATCH OUT ! , huhu, sampai kat sini saje lah post saye untuk kali ini.


.:Tingkat prestasi, Jauhi kontroversi, Sayangi diri, Hidup harmoni:.

OFF.

saya yang menurut perintah,
~wawa~







.Toge.Taugeh.Toger.

ASSLAMUA'LAIKUM : )

For the third entry, sye da tau apa nak tulis, rasa cam best la plakk da layan blog ni kan bla bla bla, sebelum sye merapu dan meraban lebih panjang lagi, sye nak terangkan definisi tajuk post sye kali ni, TAUGEH a.ka TOGE atau ape-ape je lah yang sinonim dgn tumbuhan ini merupakan sayur yang amat popular dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, justeru tidak hairanlah ramai di antara masyarakat di malaysia yang memilihnya sebagai menu utama dalam masakan harian, cehh~ dah macam karangan bahasa Melayu la pula kann, taugeh merupakan sejenis kacang hijau atau alfafa atau sebagainya yang mengandungi bayak unsur fitokimia yang berkhasiat, tp ramai jugak antara kita ni yg tak suka makan toge kan termasuklah sye, haha, selalunya menu ni akan jadi the last choice kalau dah buntu sangat nak masak ape kan~

Dalam bercakap bab toge ni, tibe2 sye teringat kat rakan-rakan sye yg begitu obses dgn toge, sye pun xpaham lah kenapa, dah takde sayur lain ehh, pegaga ke petai ke bayam ke kangkung ke, sampaikan mereka tubuhkan satu company yang berasaskan toge, begitu obses nya mereka ini, sye pun join lah semangkuk sekali kan, kalau dah bertenggek kat facebook tu, ape-ape benda merepek pun layan je la kan demi mengisi masa lapang yg terlalu lah lapang dan luas nihh, name company tu ialah TOGEther corporation, haha, klakarkan name tu, siap ade organisasi skali dlm company tu~

ini lah orang-orang yang bertindak utk menjahanam kan company tu :

.: Hasyir Syazwan :. (die CEO company tu, die xbagi kitaorg panggil die bos hensem, so kitaorg panggil dye bos hodoh lagi bakhil dan kedekut!!)

.: SYAHEERA SAFUAN :. (die ni assistant bos hodoh kitaorg tu merangkap camerawoman kat company tu, buat iklan, tu die punya kerja)

.: SYAFIQAH ZA'BA:. (die tuan director kat company tu, pasal hal-hal company bley contact die la :p)

.: NADYA SYAFINAZ :. ( die ni treasurer kat company tu, kutip~ arrange~ selenggara~ menghabiskan~ duit, tu sume keje die, tp sye plik duit xde masuk pun dlm company ni, tah ape die ni buat sbenanye, kire duit sendiri kutt, hehe)

.: ARINA JEFFRY :. (die ni plak chef kat company tu, die lah tukang masak terhebat abad ini, mcm2 resepi berasaskan toge die dah buat, semuanya sedap2 belaka, dan merupakan peminat no. 1 sayur toge ni, hehe)

.: ADLI ALAUDDIN & AMALINA ZAHRA :. (mereka merupakan pelanggan terawal yg menggunakan khidmat company ni, tp bukan nak beli toge ke ape, tp nak cari jodoh, mmg xmemasal la kan, tp bak kate tuan director, "kami ni professional services, apa-apa perkhidmatan kami boleh buat", layannnn~)

 ( ni contoh iklan kami, jgn marah chen~ )

( ni contoh iklan kami, jgn marah amal~ )

Sye plak dgn tak memasal telah dilantak menjadi promoter kat syarikat tu, disebabkan kawan-kawan punya pasal sye, layan je la kann : ] , xpaham sye apakah motif syarikat ini di tubuhkan, tp tak pe lah kan walaupun company ni tak wujud dan just suka-suki, at least dpt membangkitkan semangat kawan2 sye yg beria-ia nak jadi usahawan toge yg berjaya especially arina & hasyir, hohoho, kalau nak join the club kitaorg merapu nihh, boleh lah like page kami di mukabuku ya ! : ) 


Fuhh~ penat merapu benda-benda tak wujud ni, tp sye ade la search kat google pasal toge ni kan, ternyata sayur yang kurang digemari ini banyak khasiatnye, oleh sebab itu, sye nak share la skit pasal khasiat toge ni, tak kan nak merapu je kan, sekurang-kurangnye ade lah pengetahuan sikit-sikit tentang toge ni, silalah bace ye, anda pasti tertawan : D



Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan
sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang
dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat
melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia
ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan
bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat
meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan
menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka
yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak
mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan
lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.
Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi
banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan
mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur
tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari. 
Haa, tu la serba sedikit tentang toge yg sye dpt kongsi ya, sye harap semua pihak pembangkang-pembangkang yang membenci toge, silalah cuba-cuba makan ye, termasuklah sye, sye akan cuba sedaya upaya buaya utk menelan sayur ini, hahaha, sye rase cukup sampai kat sini for this entry, nnti tulis lagi~ : ]

 ( nampak macam sedap :p )
~KATAKAN YA!! KEPADA TAUGEH~ 
OFF.
saya yang menurut perintah,
~wawa~   


 

♥ my GIRL and my BOY ♥

ASSALAMUA'LAIKUM everybody !!!!! 

 For the second post, sye xtau la nak tulih ape sbenanye, tu lahhh, sye da kate, i have no idea here at all, then suddenly sye terpandang dua orang budak kecik yang sangat comel sedang riang bermain, huhu, sye pun terfikirlah kan nak tulis entry about the two litte cute children, mereka ialah anak buah kesayangan sye yang bertindak sebagai penceria hidup sye setiap hari, orang seperti sye yg tgh menunggu result SPM dan menjadi penganggur terhormat abad ini, mesti bosan boring bored bla bla bla duduk kat rumah kan, but i'm very very very lucky because I have two children who brighten my days~~ sye dah anggap mereka2 ni mcm anak-anak sye sendiri : ), mereka ini merupakan anak kepada kakak sye yg sulung, khairun nisak ali dan suaminya, mohd firdaus akop, lovely couple~ agagagagagagagaaaa~ :p

( senyum xperlu kata apa-apa )
First of all, sye nak story pasal my boy ni, he was given name MUHAMMAD AIDIL ZAQWAN MOHD FIRDAUS, semua org panggil die ni adik zaqwan, sbb kalau org panggil die aidil ke jacko ke zack ke, die xkan layan, die kenal name die zaqwan je, huhu, mula-mula die balik malaysia then duduk kat rumah ayah sye, die begitu anti dengan sye, xtahu la kenapa, sye ni comel sangat ke or ade tanduk ke kat atas kepala sye nihh, asal sye pegang die mesti melalak, sye baru lalu je depan die, die da melalak, sye pun teramat lahh pelik kan, tp akhirnya, sye berjaya menambat hati si kecil ini, sekarang die da tak takut dgn sye, setiap hari sye akan bermain dgn die, bergurau dgn die, usik-usik die, sye sungguh gembira tgk dye tersenyum dan ketawa, terserlah lesung pipit dan gigi dua batang dye yg sgt berbisa tu, huhu, sye turut membahasakan diri sye sebagai  ummi kalau berckp dgn die, even die tak reti nak sebut dan sye SYOK SENDIRI je, tp takpe lah kan, JANJI SAYA BAHAGIA~ : )
Tanggal 19 Februari yg lalu, zaqwan telah menyambut hari jadinya yang ke-1, semua org teruja nak sambut termasuk lah sye, pagi-pagi lagi da buat preparation laa, malam tu buat kenduri doa selamat, pakai katering lagi, mcm wedding ceremony la plakk kan, segalanya untukmu zaqwan, zaqwan pun pagi-pagi da bangun dah, mcm tahu2 je kan, bangun2 je dye dah tersenyum lebar, very loike it!!!
( kek birthday zaqwan, nyum nyum ! )

 
 ( acara potong memotong kek ) 



( nyanyi ramai-ramai : ] )

 ( bla bla blekk chipp )

Secondly, sye nak crite pasal my girl pulak ye, her name is NAJLAA' NASUHA MOHD FIRDAUS, die ni kakak sulung kpd zaqwan, orang panggil die kakak or najlaa or lalaa', die berumur 5 tahun, si najlaa' ni teramat lah nakal skang nihh, ade je benda die nak buat yg membuatkan org bengang dgn die especially mak su (aeman) die, sye pun sabar je lahh dgn perangai die nih, tp die ni jugak cepat menangis, pukul skit da nangis, cubit skit da nangis, nak gi skola pun nangis lagi, sbb die kate die nak tunggu ibu die balik dari kerja dan teman mak ngah die kat rumah, terharu sehhhh T_T~, tp ape-apa pun sye sayang sgt kat die sbb setiap hari die buat sye gelak dgn telatah die yg kelakar tu, urmm orang kate najlaa ni cun bile da besar nnti, ye ke??? mungkin ya la kut, sbb sye tgk pakej die lengkap, putih~ comel~ pandai bergaya~
tgk lah keturunan sape kan (perasan je~:]) 

Walaupun die ni agak nakal dan mengada-ngada, tp die suka bantu org, kalau sye tgh sidai kain,lipat kain,kemas rumah, mesti die akan tlg, even kadang2 sye rimas gakk, but i'm so proud of her, THANK YOU ! kalau die baru balik dari tadika, masuk rumah terus jerit "angahhhhhh !!!!", "hari ni kakak makan mi goreng, makan kuih sedapp, blaja ABC bla bla bla bla bla", setiap hari sye dgr benda same je, tp xmuak pun, huhu, layan je lah kan, kate anak buah kesayangan, hohoho : )

ni lagu favourite najlaa, tiap-tiap hari die nyanyi : ]~
Enjit-enjit semut sape sakit naik atas
Enjit-enjit semut sape sakit naik atas

( hehe~ pikir mase depan :p )

( peace ! )

Lastly, sye harap dan berdoa agar anak-anakku (over plak kan :p) ini akan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara, INSYA-ALLAH, you'll find the way~



MAK NGAH SAYANG NAJLAA' DAN ZAQWAN


OFF.

saya yang menurut perintah,
~wawa~

 

.:the BABY step:. : )

بسم الله الرحمن الرحيم
~ASSALAMUA'LAIKUM ORANG-ORANG KAMPUNG~

BLOG? BLOK? BELOK? sebenarnye sye xde la begitu minat nak buat bnde ni at first, firstly, sbb xreti la kan, secondly, rasanye xde bnde pun nak tulis kat sini, thirdly, menyusahkan je !!!, but at last but not least, sye buat la juga kan sbb tgk kawan2 sume da de blog, sronok bace blog dorg, rase mcm nak terbang pun de gakk, dek syok sangat bace blok org, atas desakan yg menyesakkan fikiran sye (angah, sori~ : p), sye try and error la buat blog, thank to my dear friend SYAHEERA SAFUAN as known also KAK SHIRAA AWW AWW yg tolong dan bantu sye buat bnde alah ni, serius xreti~  i LOVE you ngahhh~ in my opinion, bagus gak blog nihh, ye lah kan, ade laa gak medium kita nak share or exchange opinion with others, ok what??
 sye cuba la sedaya upaya buaya utk layan baik punyee blog nihh : ]

bile da tulih ni rase cam xnak berhenti lah plakk kan, by the way, to all bloggers,  please teach me what i do not know, sharing is caring kann, just got here only for this entry,

Buah cempedak di luar pagar
                                                           Ambil galah tolong jolokkan

                                                          Saya budak baru belajar
                                        
                                                         Kalau salah tolong tunjukkan

     ( gambar hiasan )
                                                          

OFF .

saya yang menurut perintah,
~wawa~