JOM SIHAT SAMBIL MENGUATKAN MINDA !

Assalamua'laikum !

Fuhhh~ sekarang ni semua orang dok ngadap buku, baca buku, menelaah buku, sana buku, sini buku, situ buku, tak lupa juga mukabuku =.='. Semua ni gara-gara exam yang bakal menjelang tiba. Teruskan berusaha dan never give up guys ! InsyaAllah, semoga Allah mudahkan urusan kita semua. Amin. Untuk entry kali ini, besarlah hajat saya untuk berkongsi sedikit ilmu tentang khasiat beberapa makanan kesihatan yang baik untuk badan dan juga minda. 

Habbatus Sauda

Habbatus sauda atau Habbat Al-Barakah atau dalam bahasa melayunya, jintan hitam merupakan sejenis herba yang baik untuk melawan segala jenis penyakit seperti asma, batuk, kencing manis, sakit sendi dan otot dan banyak lagi. Rasulullah pernah bersabda :  "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati" (hadis riwayat At-Tarmizi, Ahmad dan Ibn Hibban). Selain itu, herba ini juga boleh melancarkan sistem pengaliran darah, memberi tenaga serta meningkatkan daya tahan (immune).


 Bunga Saffron / Za'faran

Merupakan antara bunga yang terwangi di dunia. Za'faran tinggi dengan vitamin B1 dan B2 yang boleh membantu proses penghadaman, menguatkan daya ingatan, mengurangkan keletihan, mengawal kandungan kolesterol dalam badan, melancarkan perjalanan darah dalam badan dan banyak lagi. Kini bunga ini digunakan secara meluas dalam kesihatan dan juga minyak wangi.


MADU

Lebah atau An-Nahlu merupakan salah satu surah yang terdapat dalam al-Quran. "....Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkan" (surah an-Nahl : ayat 69). Sudah tentu tiap suatu penciptaan Allah itu ada manfaatnya. Baik untuk memberi tenaga sepanjang hari, tidak meningkatkan kandungan gula dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, kuat daya ingatan serta dapat menurunkan suhu badan.


KISMIS DAN KURMA

“sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering” (Imam Zuhdi)
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat" (Hadis Riwayat Muslim). Kismis dan kurma untuk kecerdasan minda dan kuat daya ingatan terutamanya bagi insan yang bergelar pelajar. Selain itu, kismis juga boleh mencerahkan mata dan membersihkan hati. 

JADI, MARI SERTAI KAMI !!!!!


Mari kita amalkan sunnah Rasulullah di samping menjadi salah satu usaha untuk kita mudah belajar dan mengingatinya. InsyaAllah. Semoga akan berterusan dan tidak akan terhenti setelah tamatnya fatrah imtihan ini. 

GOOD LUCK FOR MID YEAR EXAM. FIGHTING ! (^_^)

love, 
wawa

Daulat Tuanku !

ASSALAMUA'LAIKUM

Entry kali ni nak cerciter sikit tentang peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sejarah hidup pelajar-pelajar Negeri Sembilan Darul Khusus. Buat julung-julung kalinya, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli untuk datang melawat anak-anak Negeri Sembilan yang berada di Mesir. Baginda yang ditemani dua orang puteranya, YAM Tunku Ali Redhauddin dan YAM Tunku Zain Al 'Abidin serta ahli rombongannya selamat sampai di bumi anbiya' ini pada hari Selasa bersamaan 20 Disember 2011. Pada hari Rabu bersamaan 21 Disember 2011 pula, satu majlis ramah mesra telah diadakan di Hotel Grand Four Season, Tahrir. *Whoaaa ! memang grand habis hotel tu~ $_$

Now, let's picture tell the story :

Four Season Hotel

Sebelum masuk ke dalam hotel *muka gayat XP*

Rombongan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir


Menu makan malam *bercahaya mata bila first time tengok menu ni


Jus strawberi

Makanan pertama yang dihidangkan (Deluxe seafood platter smoked salmon & shrimp) *first time makan makanan nih, walaupun payah untuk menelannya tapi kugagahkan jua tekak ni untuk menelan bagi mengelakkan pembaziran, haha >.<

Second trip : Lobster bisque with fish egg cream *Whoaa ! tengok nama eksklusif betul ! penat tunggu bila lobster nak sampai, tapi tak akan sampai2 pun sebab dalam kuah tu memang dah ada lobster~ mungkin telah diblender bersama atau dihiris halus2 ataupun telah dicincang lumat2 =.=

Next menu : Grilled beef tendorlion with pepper sauce sauteed vegetables and rice *makanan ni paling berselera makan sebab ada nasi, haha, dan sambil makan senior2 yang duduk di meja yang sama dengan saya, berbincang tentang bakteria dan asid dalam makanan, saya sendiri pun tak faham, lantas mengambil keputusan mendiamkan diri dan makan dengan penuh perasaannnnn :p

Last menu : Warm double chocolate tart on pistachio sauce *GREAT TASTE !

#Memang tersandar kekenyangan makan makanan2 tu semua. ALHAMDULILLAH telah diberi peluang untuk mencuba makan makanan yang baru (^.^). Ala-ala western gituuuu~

 :)

Detik yang ditunggu-tunggu : penyerahan bank draf wang pinjaman dan zakat kepada pelajar-pelajar tajaan MAINS

Pelajar Perubatan anak-anak Negeri Sembilan

Muka bahagia selepas majlis sebab baru dapat ongkos, fuhhhhh~ :O

To put icing on the cake, *hehh, macam nak buat penutup karangan SPM bahasa inggeris pulak* Lastly, alhamdulillah, kedatangan DYMM Tuanku Muhriz ke sini telah membawa rezeki kepada kami semua pelajar-pelajar Negeri Sembilan. Walaupun terpaksa bertungkus lumus membuat persiapan tetapi semuanya terbalas apabila baginda dan ahli rombongannya berpuas hati dengan sambutan yang diadakan. Baginda memang awesome dan paling penting sangat mesra orangnya :)

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (surah Al-Insyirah : ayat 6)

*Ditakdirkan berseorangan duduk semeja dengan senior-senior tahun 3 dan tahun 4. Rasa segan dan janggal tetapi cuba untuk mematangkan diri bergaul bersama mereka. ~ahaksss :p~

love,
wawa

. . . . . .

ASSALAMUA'LAIKUM

Puhhhh Puhhhh Puhhhhhh~~ Berhabuk dan bersawang ! 

One word to describe me now :
B.U.S.Y

so,


but just want to say :

ALLAH DID NOT PROMISE THAT LIFE WOULD BE EASY, BUT HE DID PROMISE TO ALWAYS BE BESIDES YOU, IN EVERY STEP IN YOUR LIFE

and

SOMETIMES THE WRONG CHOICHES BRING US TO THE RIGHT PLACES

last but not least

OK BYE !

love,
wawa