chapter 6 : Korban, Terkorban dan Terus Berkorban

~ASSALAMUA'LAIKUM~

ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR...WA LILLAHILHAMD...

Situasi 1

"Kenapa nak sembelih lembu tu, ayah? Sakitlah lembu tu, kesian dia", Farid bertanya kepada ayahnya sambil memandang simpati.
"Farid, jangan kesian. Nanti tak boleh makan....", jawab ayah menasihati si anak.

Situasi 2

"Mal, nanti tolong pak cik sembelih kambing ni. Pak cik bukannya kuat sangat ni. Lepas tu, boleh kita lapah sama-sama daging kambing ni", pinta Pak Abu

"Ermm..ermm..saya tak hafal niat la pak cik......", jawab Kamal.

Begitulah antara situasi dan fakta yang sering kita lihat dan dengar apabila menjelang Hari Raya Aidiladha setiap tahun. Sudahkah kita bersedia dengan situasi-situasi tersebut? Jadi saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang makna korban sebagai seorang penuntut ilmu.

KORBAN boleh ditakrifkan kepada dua penakrifan iaitu :
1) Mendekatkan diri kepada Allah Taala 
2) Keikhlasan, ketaqwaan dan kesungguhan

Jika kita imbau kembali ke zaman para anbiya', kisah korban ini dapat kita kaitkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran Nabi Ismail. 

Firman Allah :
"Maka ketika anak itu sampai sampai umur pada sanggup beusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata : Wahai anakku sesungguhnya aku bermimpi menyembelihmu, maka fikirkanlah apakah pendapatmu? Anaknya menjawab, wahai ayah! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah ayah akan mendapati diriku dari orang yang sabar."
(surah as-Saffat : ayat 102)

Sebelum Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ismail sempat menyampai beberapa pesanan kepada ayahnya :

"Wahai ayahku, gunakanlah pisau yang tajam untuk menyembelihku supaya aku tidak rasa begitu sakit dan palingkanlah kepalaku agar aku tidak nampak mata pisau takut dikhuatiri aku akan berasa gentar."

"Baringkanlah aku di rusuk sebelah kanan. Bersihkan darah di pakaianmu nanti supaya ibu tidak akan sedih apabila meilhatnya"

"Sampaikan salamku kepada ibu setelah engkau pulang ke rumah, wahai ayahku"

Lalu Allah berfirman dalam surah as-Saffat, ayat 107 :

"Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar"
(surah as-Saffat : ayat 107)

Maka dengan itu, Allah telah menukarkan korban ini dengan seekor kibas. Rentetan daripada peristiwa itu, setiap tahun Nabi Ibrahim akan melakukan ibadah korban pada setiap tahun dan ibadah ini masih diteruskan oleh generasi Islam kini. Sebenarnya Allah sahaja mahu menguji ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim serta menguji kesabaran Nabi Ismail dalam menjalankan perintah Allah.

Kisah yang meruntun hati ini pasti akan membuat setiap hati-hati kita insaf dan tidak akan berpatah balik apabila kita telah melakukan sesuatu pengorbanan. Secara analoginya, makna korban dapat dikaitkan dalam konteks kehidupan. Kita sebagai pelajar masih tidak mampu untuk mengeluarkan duit sendiri untuk membeli seekor binatang sembelihan untuk melakukan ibadah korban. Tetapi sebenarnya banyak lagi bentuk pengorbanan yang secara langsung atau tidak langsung telah kita korbankan sebagai seorang pelajar. Antaranya makna korban sebagai penuntut ilmu :

#1. Penuntut ilmu harus korbankan masa rehat, berhibur, wang ringgit untuk kejayaan yang akan menaikkan nama Islam.
#2. Penuntut ilmu harus yakin dengan pertolongan Allah.
#3. Penuntut ilmu harus merasakan proses menuntut ilmu adalah amanah kerana ia adalah perintah Allah.
#4. Berusaha menuntut ilmu dan meraih kejayaan untuk Islam tanpa ada sebarang alasan.
#5. Sifat taqwa yang ada dalam penuntut ilmu akan menyebabkan adanya praktikal ihsan dalam hidup.

Siapa kata kehidupan kita sebagai seorang pelajar hanya "menghabihkan bogheh mak bapak yo" dan "menghabihkan duit kerajaan semato-mato untuk membiayai pelajaran kita". Sila buang semua persepsi tu jauh-jauh kerana pengorbanan kita sebagai pelajar dan juga orang-orang di sekeliling kita, insyaAllah akan dapat dituai hasilnya untuk kembali disumbangkan kepada agama, bangsa dan negara :)

~TERUSKAN PERJUANGAN KITA !! MUMTAZ FOR UMMAH~


*Sambutan hari raya Aidiladha di Mesir sangat meriah. Sekolah dan universiti cuti seminggu sempena hari raya ini. Bukan itu sahaja, ibadah korban sangat hidup di sini, di mana-mana sahaja akan terlihat orang Islam menyembelih binatang korban. Tidak kurang juga dengan Rumah Negeri Sembilan Kaherah telah mengorbankan 6 ekor kambing dan PERUBATAN juga telah mengorbankan beberapa ekor unta dan kambing (actually tak ingat berapa :p). 

So let's the pictures tell the story :)


(unta yang dikorbankan)

(acara melapah)

(perjalanan ke masjid)
(acara buat kuih dan kek)

(lepas solat sunat raya) 

 (bermaafan di pagi raya)

(disebabkan terlalu ramai orang, pihak masjid terpaksa membentang tikar di atas jalan raya untuk kemudahan para jemaah melakukan solat sunat aidiladha)

(ahli beit tersayang, dari kiri : uteh syida, kak atin, kak aisyah, adik wawa :p, kak hana, kak tirah. Tiada dalam gambar : kak rozie dan syuhada anuar)

(wajah ceria setelah puas melantak daging kambing :p)

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sesekali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya"
(surah al-Hajj : 37)

~Setiap bulu-bulunya adalah pahala~

with love,
wawa




3 comments: