kek coklat sedap

ASSALAMUA'LAIKUM

Entry kali ini istimewa sedikit sebab saya bukan nak berkongsi cerita atau pengalaman tetapi saya ingin berkongsi satu resepi. Puan-puan semua bolehlah sediakan pen dan kertas ya :). Resepi yang ingin saya kongsi ialah resepi kek coklat. Hehehe. Mari kita mulakan.

Bahan-bahan :

***
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan susu segar coklat
1 cawan susu pekat manis 

**
3 biji telur
1 1/4 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat 

(barang-barang yang diperlukan)

Cara-cara memasak :

1) Masak kesemua bahan-bahan *** dalam periuk di atas api yang sederhana, Kacau bahan-bahan tersebut dan jangan tinggalkan supaya tidak hangus. Masak sehingga yakin kesemua bahan telah larut dengan sebati. Kalau sudah masak, sejukkan sebentar.


2) Pukul telur sehingga kembang dan gebu.


3) Masukkan bahan-bahan *** yang telah dimasak tadi ke dalam telur yang telah siap dipukul. Pukul sehingga sebati.

4) Kemudian, masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak ke dalam adunan no. 3 tadi. Kacau sehingga sebati.


5) Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang atau mana-mana bekas yang sesuai. Boleh juga diletakkan ke dalam cupcake, tetapi sukatan adunan hanya boleh diletakkan setengah daripada cupcake.


6) Kukus kek dalam bekas pengukus selama 45 minit.

Dan inilah hasilnya !!!!!

Illustrasi A

Illustrasi B

-Illustrasi A menunjukkan kek yang terlebih baking powder tetapi rasanya tetap sama :)
-Illustrasi B pula menunjukkan kek coklat yang pertama saya hasilkan, khas untuk ibu saya :)

*jutaan terima kasih saya ucapkan kepada MAMA NOOR (mama syaheera safuan) kerana telah menurunkan resepi ini kepada saya. Thank mama =)

~SELAMAT MENCUBA~

till then,
wawa

2 comments: