fenomena NUR KASIH :)

ASSALAMUA'LAIKUM

InsyaAllah, untuk entry kali ini saya nak cercite cercite sikit pasal satu drama yang pernah digilai orang rakyat Malaysia satu ketika dahulu. Drama tersebut ialah NUR KASIH. Drama arahan Khabir Bhatia ini telah berjaya merekodkan sehingga 19 juta penonton ketika drama tersebut ditayangkan di TV3, dan dalam 19 juta penonton itu, saya adalah salah seorang daripadanya :), hehe. Memang terbaik dari ladang dan lautan dalam drama ini. Kepada sesiapa yang tak percaya, bolehlah search kat youtube drama ini daripada episod 1 sampailah episod 26. Pasti tak menyesallah kalau tengok, i tell u~


"APAKAH YANG SANGGUP DIKORBANKAN UNTUK CINTA..."
 
sinopsis drama NUR KASIH yang mengandungi 26 episod :

*Pernahkah kite terfikir masih adakah lagi perkahwinan yang diaturkan pada zaman moden ini? Namun semua ini terjawab dalam drama Nur Kasih yang pernah ditayangkan di TV3. Dalam drama ini, Aidil terpaksa berkorban apabila ayahnya menjodohkan adiknya, Adam dengan gadis yang dicintainya, Nur Amina. Adam terpaksa menurut kehendak ayahnya itu walaupun dia mencintai gadis lain. Nur Amina pula terpaksa menerima perkahwinan tersebut walaupun dia bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya. Adam juga menyambut dingin perkahwinannya dengan Nur Amina. Perkara ini membuatkan hati sang isteri terguris lantaran layanan yang diberikan oleh si suami tidak seperti diharapkan. Namun begitu, Aidil tetap memberi semangat kepada mereka terutamanya Nur Amina untuk mempertahankan perkahwinan mereka. Pelbagai peristiwa  suka dan duka terlakar dalam drama ini serta disusun baik oleh pengarahnya untuk memberi kesan yang mendalam kepada para penonton. Drama ini juga telah berakhir dengan sebuah pertemuan yang indah antara dua jiwa yang pasti mengusik kalbu bagi sesiapa yang menjiwainya T_T

part 1

part 2

part 3


[episod akhir drama Nur Kasih =)]





Seterusnya pula, saya ingin menceritakan tentang lanjutan cinta teragung abad ini iaitu cinta Adam dan Nur Amina. Nur Kasih the movie ini merupakan kesinambungan daripada drama siri Nur Kasih. Filem ini dibuka mantap dengan satu kejadian di mana terdapat satu kemalangan ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir yang indah di Jordan. Kemalangan yang telah disaksikan oleh dua orang Arab Badwi itu menjadi permulaan kisah yang menyentuh hati dan perasaan dalam filem Nur Kasih ini.

Filem ini kemudian membawa penonton menyaksikan Adam dan Nur sedang mengimbau kembali nostalgia kenangan lalu di Kuala Selangor. Kisah demi kisah terungkap dan dapat diketahui oleh penonton termasuk kematian isteri Aidil yang tercinta iaitu Alia. Dalam filem ini, Aidil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang ayah tunggal kepada dua orang anak bernama Ilyas, 7 dan Maryam, 5. Anak-anak Aidil mempunyai personaliti yang berbeza, Ilyas sama seperti ayahnya yang lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam. Dia juga sangat mengambil berat tentang keadaan ayahnya. Manakala Maryam masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku.

Adam dan Nur kembali ke Kuala Lumpur dan mereka banyak menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah. Tujuannya adalah untuk melepaskan kerinduan mereka terhadap anak-anak kerana mereka masih belum dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Di pusat jagaan tersebut, watak Mamat, Sarah dan Jamal telah dihidupkan untuk mewarnai jalan cerita filem ini.

Apabila Adam mengetahui Nur mengandung, Adam memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana sudah lama dia menanti saat itu. Namun takdir telah merubah segalanya kerana kandungan Nur telah mengalami keguguran. Kejadian tersebut telah membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daraipada ajaran Allah serta menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Walaubagaimanapun, Aidil tetap memberi nasihat, semangat dan dorongan kepada Adam supaya kembali ke jalan yang benar.

Selepas daripada peristiwa itu, Adam dan Nur bercadang untuk mengunjungi Mekah seterusnya menyusul ke Jordan. Pasangan menemui kedamaian semasa berada di Jordan tetapi Adam sering dihantui dengan kematian Nur. Adam dapat merasakan bahawa itu merupakan satu petanda buruk. Keimanan dan Percintaan mereka diuji lagi. Adam dan Nur telah terlibat dalam satu kemalangan kereta api yang ngeri di sana. Di dalam kekalutan selepas kemalangan berlaku, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku. Saat itu Adam merasakan bagai dia kehilangan semuanya dan saya sendiri tersentuh hati lantas menitiskan air mata semasa Adam melafazkan doa untuk memohon pertolongan daripada Allah. "YA ALLAH, AMBILLAH APA SAJA KECUALI NUR"", begitulah doa yang dilafazkan oleh Adam. Nur tersedar daripada pengsan dan disitulah bermulanya kisah yang meruntun perasaan dalam filem ini.




 (Barisan pelakon filem Nur Kasih)

Akhir kata, fenomena Nur Kasih ini merupakan fenomena yang mampu membuat orang ramai terpukau dek keagungan cinta Adam dan Nur Amina. Banyak pengajaran yang boleh diambil dalam jalan cerita filem ini. Bagi mereka yang tidak sempat menonton filem ini, anda bolehlah muat turun filem ini dimana-mana Torrent ya ataupun langganlah Astro First :p. hehehe~
till then,
wawa

3 comments: