Daulat Tuanku !

ASSALAMUA'LAIKUM

Entry kali ni nak cerciter sikit tentang peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sejarah hidup pelajar-pelajar Negeri Sembilan Darul Khusus. Buat julung-julung kalinya, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli untuk datang melawat anak-anak Negeri Sembilan yang berada di Mesir. Baginda yang ditemani dua orang puteranya, YAM Tunku Ali Redhauddin dan YAM Tunku Zain Al 'Abidin serta ahli rombongannya selamat sampai di bumi anbiya' ini pada hari Selasa bersamaan 20 Disember 2011. Pada hari Rabu bersamaan 21 Disember 2011 pula, satu majlis ramah mesra telah diadakan di Hotel Grand Four Season, Tahrir. *Whoaaa ! memang grand habis hotel tu~ $_$

Now, let's picture tell the story :

Four Season Hotel

Sebelum masuk ke dalam hotel *muka gayat XP*

Rombongan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir


Menu makan malam *bercahaya mata bila first time tengok menu ni


Jus strawberi

Makanan pertama yang dihidangkan (Deluxe seafood platter smoked salmon & shrimp) *first time makan makanan nih, walaupun payah untuk menelannya tapi kugagahkan jua tekak ni untuk menelan bagi mengelakkan pembaziran, haha >.<

Second trip : Lobster bisque with fish egg cream *Whoaa ! tengok nama eksklusif betul ! penat tunggu bila lobster nak sampai, tapi tak akan sampai2 pun sebab dalam kuah tu memang dah ada lobster~ mungkin telah diblender bersama atau dihiris halus2 ataupun telah dicincang lumat2 =.=

Next menu : Grilled beef tendorlion with pepper sauce sauteed vegetables and rice *makanan ni paling berselera makan sebab ada nasi, haha, dan sambil makan senior2 yang duduk di meja yang sama dengan saya, berbincang tentang bakteria dan asid dalam makanan, saya sendiri pun tak faham, lantas mengambil keputusan mendiamkan diri dan makan dengan penuh perasaannnnn :p

Last menu : Warm double chocolate tart on pistachio sauce *GREAT TASTE !

#Memang tersandar kekenyangan makan makanan2 tu semua. ALHAMDULILLAH telah diberi peluang untuk mencuba makan makanan yang baru (^.^). Ala-ala western gituuuu~

 :)

Detik yang ditunggu-tunggu : penyerahan bank draf wang pinjaman dan zakat kepada pelajar-pelajar tajaan MAINS

Pelajar Perubatan anak-anak Negeri Sembilan

Muka bahagia selepas majlis sebab baru dapat ongkos, fuhhhhh~ :O

To put icing on the cake, *hehh, macam nak buat penutup karangan SPM bahasa inggeris pulak* Lastly, alhamdulillah, kedatangan DYMM Tuanku Muhriz ke sini telah membawa rezeki kepada kami semua pelajar-pelajar Negeri Sembilan. Walaupun terpaksa bertungkus lumus membuat persiapan tetapi semuanya terbalas apabila baginda dan ahli rombongannya berpuas hati dengan sambutan yang diadakan. Baginda memang awesome dan paling penting sangat mesra orangnya :)

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (surah Al-Insyirah : ayat 6)

*Ditakdirkan berseorangan duduk semeja dengan senior-senior tahun 3 dan tahun 4. Rasa segan dan janggal tetapi cuba untuk mematangkan diri bergaul bersama mereka. ~ahaksss :p~

love,
wawa

No comments:

Post a Comment