.Toge.Taugeh.Toger.

ASSLAMUA'LAIKUM : )

For the third entry, sye da tau apa nak tulis, rasa cam best la plakk da layan blog ni kan bla bla bla, sebelum sye merapu dan meraban lebih panjang lagi, sye nak terangkan definisi tajuk post sye kali ni, TAUGEH a.ka TOGE atau ape-ape je lah yang sinonim dgn tumbuhan ini merupakan sayur yang amat popular dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, justeru tidak hairanlah ramai di antara masyarakat di malaysia yang memilihnya sebagai menu utama dalam masakan harian, cehh~ dah macam karangan bahasa Melayu la pula kann, taugeh merupakan sejenis kacang hijau atau alfafa atau sebagainya yang mengandungi bayak unsur fitokimia yang berkhasiat, tp ramai jugak antara kita ni yg tak suka makan toge kan termasuklah sye, haha, selalunya menu ni akan jadi the last choice kalau dah buntu sangat nak masak ape kan~

Dalam bercakap bab toge ni, tibe2 sye teringat kat rakan-rakan sye yg begitu obses dgn toge, sye pun xpaham lah kenapa, dah takde sayur lain ehh, pegaga ke petai ke bayam ke kangkung ke, sampaikan mereka tubuhkan satu company yang berasaskan toge, begitu obses nya mereka ini, sye pun join lah semangkuk sekali kan, kalau dah bertenggek kat facebook tu, ape-ape benda merepek pun layan je la kan demi mengisi masa lapang yg terlalu lah lapang dan luas nihh, name company tu ialah TOGEther corporation, haha, klakarkan name tu, siap ade organisasi skali dlm company tu~

ini lah orang-orang yang bertindak utk menjahanam kan company tu :

.: Hasyir Syazwan :. (die CEO company tu, die xbagi kitaorg panggil die bos hensem, so kitaorg panggil dye bos hodoh lagi bakhil dan kedekut!!)

.: SYAHEERA SAFUAN :. (die ni assistant bos hodoh kitaorg tu merangkap camerawoman kat company tu, buat iklan, tu die punya kerja)

.: SYAFIQAH ZA'BA:. (die tuan director kat company tu, pasal hal-hal company bley contact die la :p)

.: NADYA SYAFINAZ :. ( die ni treasurer kat company tu, kutip~ arrange~ selenggara~ menghabiskan~ duit, tu sume keje die, tp sye plik duit xde masuk pun dlm company ni, tah ape die ni buat sbenanye, kire duit sendiri kutt, hehe)

.: ARINA JEFFRY :. (die ni plak chef kat company tu, die lah tukang masak terhebat abad ini, mcm2 resepi berasaskan toge die dah buat, semuanya sedap2 belaka, dan merupakan peminat no. 1 sayur toge ni, hehe)

.: ADLI ALAUDDIN & AMALINA ZAHRA :. (mereka merupakan pelanggan terawal yg menggunakan khidmat company ni, tp bukan nak beli toge ke ape, tp nak cari jodoh, mmg xmemasal la kan, tp bak kate tuan director, "kami ni professional services, apa-apa perkhidmatan kami boleh buat", layannnn~)

 ( ni contoh iklan kami, jgn marah chen~ )

( ni contoh iklan kami, jgn marah amal~ )

Sye plak dgn tak memasal telah dilantak menjadi promoter kat syarikat tu, disebabkan kawan-kawan punya pasal sye, layan je la kann : ] , xpaham sye apakah motif syarikat ini di tubuhkan, tp tak pe lah kan walaupun company ni tak wujud dan just suka-suki, at least dpt membangkitkan semangat kawan2 sye yg beria-ia nak jadi usahawan toge yg berjaya especially arina & hasyir, hohoho, kalau nak join the club kitaorg merapu nihh, boleh lah like page kami di mukabuku ya ! : ) 


Fuhh~ penat merapu benda-benda tak wujud ni, tp sye ade la search kat google pasal toge ni kan, ternyata sayur yang kurang digemari ini banyak khasiatnye, oleh sebab itu, sye nak share la skit pasal khasiat toge ni, tak kan nak merapu je kan, sekurang-kurangnye ade lah pengetahuan sikit-sikit tentang toge ni, silalah bace ye, anda pasti tertawan : D



Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan
sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang
dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat
melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia
ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan
bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat
meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan
menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka
yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak
mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan
lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.
Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi
banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan
mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur
tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari. 
Haa, tu la serba sedikit tentang toge yg sye dpt kongsi ya, sye harap semua pihak pembangkang-pembangkang yang membenci toge, silalah cuba-cuba makan ye, termasuklah sye, sye akan cuba sedaya upaya buaya utk menelan sayur ini, hahaha, sye rase cukup sampai kat sini for this entry, nnti tulis lagi~ : ]

 ( nampak macam sedap :p )
~KATAKAN YA!! KEPADA TAUGEH~ 
OFF.
saya yang menurut perintah,
~wawa~   


 

1 comment:

  1. Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    ReplyDelete