travelog-the precious moment !

ASSALAMUA'LAIKUM 
 
Bismillah wa tabarakAllah... Alhamdulillah, besar sungguh nikmat kurniaan Allah sepanjang cuti musim dingin yang telah 2 minggu berlalu. Syukur alhamdulillah juga kerana cuti ini banyak berakhir dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tak mungkin akan dilupakan. Ingin saya coretkan beberapa episod suka dan duka buat tatapan anak cucu cicit pada masa depan :p

*****

30/1/2012-2/2/2012 - Tanta dan Mansoura

Pengalaman yang sangat menarik kerana percutian ini dirancang oleh mereka2 yang takde pengalaman lansung dalam industri pelancongan di Mesir ni (hahaa :p). Senang cakap ni percutian "main redah jeeee". Fuhhhh, beli tiket bas dan main redah je la kan~ Nasib baik ada kakak2 senior yg akan menyambut kami di sana. Sepanjang perjalanan, terbayang-bayang seakan2 berada dalam perjalanan menuju ke utara Semenanjung Malaysia. Pemandangan yang indah beserta bumi yang menghijau ibarat sawah padi yang terbentang luas. Mengingatkan saya pada Malaysia yang amat dirindui (ohh...homesick again !! T_T).

Tetapi..."kita merancang, Allah pun merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah",  ditakdirkan pada hari itu, jalan untuk masuk ke Mansoura kerana dikhabarkan ada pilihan raya sedang berlangsung. Kami membuat keputusan untuk berpatah balik ke Kaherah dan mengambil sebarang pengangkutan ke Tanta. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketabahan saya dan kawan2, akhirnya kami tiba di Tanta. Pada keesokan harinya, kami bertolak ke Mansoura semula untuk meneruskan percutian yg tertangguh....... Memang banyak hikmahnya kami tidak terus ke Mansoura dan terpaksa mengubah perancangan untuk ke Tanta :). Wallahua'lam..


*****

7/2/2012-10/2/2012 - Taba, Sinai dan Dahab

Setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana saya dan warga Rumah Negeri Sembilan Kaherah telah diberi peluang untuk menjejakkan kaki di beberapa tempat bersejarah yang terletak di Taba, Sinai dan Dahab. Seawal jam 3 pagi waktu Mesir, kami telah bertolak ke Taba iaitu destinasi pertama kami. Sebelum memulakan perjalanan, mata amatlah mengantuk dan lantas saya menyumbat 'earphone' ke telinga saya untuk mendengar sedikit hiburan bagi menghilangkan rasa mengantuk. Seorang kakak senior yg juga duduk bersebelahan dengan saya di dalam bas berkata :

"Wawa nak tau tak? Rasulullah pun mendengar lagu ketika bermusafir tetapi lagu yang mampu mengingatkan kita kepada Allah je lah"

"Rasulullah juga membawa beg ketika bermusafir untuk mengisi barang-barang keperluan baginda seperti alat bersugi dan lain-lain lagi"

Terasa bermaknanya percutian ni dan berlandaskan sunnah Rasulullah. Allah Allah Allah :). Perjalanan ke Taba, Sinai dan Dahab yang merentasi terusan Suez dan padang pasir cukup indah dan mengagumkan. SubhanAllah ! sungguh indah ciptaan sang Pencipta. Tak terluah dek kata-kata tatkala menikmati keindahan alam ini.

Antara tempat yang dilawati :
Taba : *Kubu Salahuddin al-Ayyubi

Semasa perjalanan meninggalkan kawasan Taba untuk meneruskan perjalanan, terlihat sebuah bangunan besar berwarna putih di penghujung sebuah teluk. Bangunan itu adalah sebuah hotel (lupa sebenarnya nama hotel tu), yang dikatakan bahawa hotel berkenaan adalah kawasan terakhir sempadan Mesir. Manakala di sebalik gunung yang terletak berhampiran dengan hotel itu terletaknya sempadan negara Palestin, dimana saudara seIslam kita berjuang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan tanah air yang diceroboh kaum Yahudi laknatullah. Hati kecil ini terdetik, "rakyat Palestin kini sedang berjuang mempertahankan negara mereka, tetapi kenapa kita masih bersenang-lenang di sini?". Semoga Allah merahmati perjuangan mereka :')


(kubu Salahuddin al-Ayyubi)

Saint Katherine (Sinai) : *Kawasan Wadi 'Arbain (40 lembah) - di kawasan inilah yang dipercayai bahawa pengikut nabi Musa menjadi kebingungan tidak menjumpai jalan keluar selama 40 tahun disebabkan keengganan mereka menuruti perintah Allah untuk memasuki kota Palestin.

 (wadi 'Arbain)

 * Jabal Musa -  Merupakan tempat suci di Jabal Thursina. Di sinilah Nabi Musa a.s berbicara dengan Allah Taala sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud :

"Sesungguhnya aku inilah tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu, sesungguhnya kamu berada di lembah suci, Thuwa"

 (waiting for sunrise-Jabal Musa)

Mengikut kata masyarakat Arab di sana, semua lembah ini adalah Jabal Thursina tapi dalam banyak-banyak gunung ini, hanya terdapat satu sahaja tempat suci Nabi Musa a.s yang dikenali sebagai Jabal Musa. Jabal ini terselindung di sebalik gunung-gunung yang lain dan kami difahamkan Jabal Musa adalah yang tertinggi sekali di antara gunung-gunung yang lain. Wallahua'lam.....

 (berkibarnya bendera negeri 9 di puncak Sinai...hidup noghori!!!)

 *Tempat-tempat lain : Makam Nabi Harun a.s, Makam Nabi Saleh a.s dan Pantulan Lembu Samiri

 


 Dahab : Tempat boleh dikatakan tempat pelancongan jugalah kerana keindahan pantainya yang dikelilingi lembah amat mengagumkan. SubhanAllah ! Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sana seperti snorkeling, safari, glass boat dan macam-macam lagi. Antara pengalaman yang tak boleh saya lupakan sepanjang abad ini, saya berpeluang untuk mencuba aktiviti snorkeling. Benarlah ciptaan Allah itu indah dan sempurna dari setiap aspek, tidak mengira di daratan mahupun di lautan.

(Dahab beach)

(Dahab market...heaven~ :p)

 (makan seafood !)

Suez : Kubu Israel dan Uyun Musa ( air mata air Musa)

(uyun Musa)

 (kubu Israel)

*****

Maka berakhirlah cuti musim dingin pada tahun ini dengan pelbagai kenangan dan pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Dan berakhirnya musim dingin ini juga, maka bermulalah kembali kehidupan sebagai pelajar. Teruskan perjuangan !  Jangan cepat berpuas hati dengan apa yang kita perolehi sekarang kerana kita tidak tahu apa yang akan mendatang nanti. Paling penting......


LEARNING FROM FAILURE IS ONE OF THE KEY TO SUCCESS

dan

SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

kerana mungkin Allah menangguhkan terlebih dahulu kejayaan itu supaya kita akan teruskan berusaha. InsyaAllah, Allah akan melihat dan menilai setiap jerih usaha itu :)

love,
wawa

No comments:

Post a Comment